hoping!!

Saturday 11 February 2012

Ditelan mati emak, diluah mati bapak..

Salam...lamanya sudah x berblogging ni..skang baru terfikir.mau tulis..Akhirnya setelah hampir 2 bulan bekerja..aku mengambl keputusan untuk berhenti..ternyata masuk ke alam dewasa sangat memenatkan..aku janji akan belajar bagus2 lepas ni.... tapi  aku dalam dilema plak... stay dirumah pun boleh dalam dilema..
hmm.rasanya memang g2lah kehidupankan.. tiada yang namanya kosong...rasanya aku lebih selesa kalau ianya begitu...kenpalah mesti membuat pilihan walaupun aku sekarang xda komitmen dalam ap2 pun...terpaksa juga berdepan dengan sesuatu yang memerlukan aku untuk memilih..sedangkan memilih adalah sesuatu yang sangat sukar bagi aku..apa yang lebih sukar..aku bukan orang yang pandai memilih dan mudah menerima pilihan orang untuk kehidupanku..jadi???..itulah masalah ku sekarang..aku berdepan dengan pilihan..dan aku tak tahu mau pilih yang mna dan aku x mau org pilihkan untk aku...pelikkan..Aku suka sangat berada dalam zon selesa...sangat2 x mau masuk ke alam yang complicated..aku sudah merasa mcmana rasanya bekerja dan macmana org yang berada di sekeliling melayan 'org baru'.mungkin aku patut berdepan dengan pilihan lain..hmm, aku tahu tiada siapa yang akan terserempak dengan post ni..kalau adapun aku sangat pasti tiada siapa yang akan faham...jadi macamna..kakakku ajak aku tinggal dirumah sewa drg dan cari kerja dikk sementara menunggu keputusan ni..tapi aku harus berdepan plak dengan mama yang sudah pasti akan sangat keberatan dengan kepergianku nanti..sebab walaupun aku ni xlah rajin sangat tapi...dengan kehadiranku di rumanya ni, kuranglah fikirannya untuk memikirkan adikku seorang yang sangat manja ni..jadi??..kalaulah blog ni boleh bercakap..mesti dia sudah bagi aku nasihat..(tolong jangan melalut boleh)..hmm..apalah aku mau buat sekarang ni..aku teringin juga ada duit lebih2 lagi menyimpan untuk keperluanku nanti untuk menyambung pelajaran...entahlah hampir A sampai Z..pokoknya seluruh kehidupanku pada hakikatnya sangat menjadi tumpuan ahli keluargaku.. cara aku berpakaian, cara aku bersosial, cara aku berkawan, cara aku menyelesaikan masalah..aku sendiri x tahu apa yang x kena dengan aku ni..tapi tulah masalahnya..aku langsung x boleh bergerak sendiri tapi aku langsung x selesa unutk dipimpin..Apa yang harus aku lakukan!!!!..Aku suka sangat menganggur macm ni..tapi ada plak masalah yang lebih besar kalau aku terus mau berada dalam keadaan ni..Argh.....please give me a break... why just I can get a clean and peaceful life...everything that I've done never been better in your view..so??.. could you just give me some opinion to stand..coz I'm really can't take this anymore..If only I have someone to talk to..but I guess I just have this blog to tell..nobody gonna hear me..everybody was so busy taking care of their life..and me??..I can't even manage my own life..I'm just eighteen..and It's always hard for me to choose a good choice..I just can't face another problem..I scare to try..that's me.. I'm afraid to my own shadow..I'm afraid to commitment...I'm afraid of ANYTHING..but till when???..I don't even have a feeling.. so???..what is the right thing to do??..Can someone tell me..huh.. Cut it off..nobody gonna ever understand and open this entry..well, I'm just mumbling I guess..ok...Daaaaaaaaaaa......

Tuesday 3 January 2012

Marie Digby- Miss invisible(guess this my blog theme!!)





Aku Suka Warna Biru!!


Salam blogger, hari ni aku x tau mau kongsi apa..hmm, semalam aku cuti kerja tapi terasa penat dan langsung xda idea mo tulis pa2 jadi aku kira alang2 sudah TERbuka blog nie, bagus post sesuatu..tentang kerja..bolehlah..sekurang-kurangnya aku masih mampu bertahan setakat ni..Aku dapat kerongsang silver yang cantik waktu parti di tempat kerja tu..apa yang mmg sukar dilupakan cara org tu bagi dengan aku..hmm, tapi ap2 pun org tu cuma main ja.. Sekarang aku cuma menghitung hari bila masa yang sesuai untuk aku mengambil masa cuti yang betul2 lama untuk merehatkan badan yang telah aku kerah untuk bekerja sebelum tiba masa yang sesuai.. tapi InsyaAllah..bukan dalam masa terdekat ni, aku akan cuba bertahan selagi terdaya..dan apa yang lebih menggigilkan aku, aku akan kerja malam waktu buka skola ni.macam waktu skola plak.(walaupun aku sudah menamatkannya 30 november tahun lepas)Dan itu ertinya PENAT dan sangat PENAT.yalah kena closing hari2, cuba bayangkan...hmm.. terpaksa.. sebab mamaku kan pendidik, jadi tiada yang dapat menghantar aku keluar dari taman perumahan yang baru ni..mungkin org sangka aku ni kurg berdikari sebabkan boleh naik bas lagipun pagi apa masalahnya..hmm..sebenarnya perumahan ni terletak sangat jauh dari  tempat yang bas awam lalu..kalau ikutkan hati aku lebih rela naik bas dari kerja malam ..tapi mau kluar pun takut, taman perumahan belum banyak penghuni..untuk pergi ke tempat yang bas lalu perlu berjalan kaki lebih kurang 10 minit..jauhnya adlah lebih kurang dalam 1500 meter..huhu..macam acara jarak jauh pertama yang pernah aku ambil tahun lalu dalam sukan sekolah..haha..tapi kalau berlari sekejap ja kot, malangnya aku bukan pelari antarabangsa.. jauh tu satu hal, persekitarannya pula dikelilingi dengan kebun dan hutan yang tak seberapa tebal.hhe..jadi mau dijadikan cerita sebagai seorang gadis adlah sangat menakutkan untuk mengambil risiko sebegini, lebih2 lagi perumahan ni berdekatan dengan penempatan org2 IMIGRAN hmm, pakai bahasa standard sket..jadi sekranya aku dengan berani sanggup mengambil risiko ini, yang akan menemankan aku berjalan kaki hampir 1500 meter tu adlah org2 yang tidak diKENALI dan kebanyakannya kaum LELAKI.So, lebih baik PENATkan?..OK, cukup2 sampai situ jak kisah pasal kerja ni, macam sdh lari dari tajuk pula... aku nak kongsi cerita pasal kefanatikanku dengan warna biru.. sebenarnya minat ni dipupuk oleh mama aku dari kecl.. kata org "MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"..(hmm, kenakah peribahasa ni pada tempatnya..) xpa, bukan masa mengarang pun..tapi kalau karangan BM ni..mesti kena potong markah.. Kisahnya bermula sewaktu aku berumur 4 tahun.. waktu tu belum banyak lagi kartun yang disiarkan dalam televisyen.. yang paling aku ingat sampai sekarang, DRAGON BALL, SAILORMOON, TEENAGE MUTANT NINJA TURTLE dan POWER RANGERS..tapi semua kartun ni bukan penyebab tercetusnya cinta yang mendalm pada warna BIRU dalam diri..Ia bermula dari kartun TELETUBIES!!..hah, siapa tahu kartun ni..mesti ramai yang x taukan..sebab kartun ni taklah popular sangat.. Ia ditayangkan disaluran RTM tv2 pada jam 8 pagi..tapi kartun ni sangat aku tunggu2 setiap hari..hah,nilah gambar kartun tersayang tu..yang macam warna biru tu nama dia TINKY WINKY.. Dialah perncetusnya..( mgkin lebh sesuai kalau guna IA)..walaupun sebenarnya dia warna purple, itu yang org bilanglah..tapi aku nmpak cam biru..maklumlah budak keck..tgk pun dari pandangan yang berbeza..tapi xpa, aslkan aku bahgia,, betul?..


disebabkan kefanatikan ku ni, hampir semua benda2 kepunyaanku memiliki warna yang sama iaitu BIRU.. waktu diasrama. sekolah, org x payah tanya aku minat warna apa.. semua org tahu sejurus tengok loker dan barang milikku..beg skola, pencil box, pen, pen drive, baldi, berus kain, berus gigi, kacamata,saputangan dan even MY DIARY..it's all come in BLUE..and I love them so much.. Tahun 2011 paling banyak benda warna BIRU. Baju kurungku raya thun lepas pun BIRU.. Tema parti asrama biru, tema tempat kerja pun BIRU..how nice..haha.. hah, nilah antara brg kepunyaanku yang berwarna BIRU..

ni brg untuk study



ni my Diary ngan perhiasan sket..

p/s: warna pa2pun yang kita minat..semuanya cantik.. x salh terlampau minat tapi jangan sampai membazir..ok..see you in another post.. Daaaa..

Wednesday 28 December 2011

PENGALAMAN AKAN MENGAJAR KITA SESUATU.

Salam.. seriously hampir sebulan gak aku x update nie blog..hmm.. kadg2 rasa malas  mo buka pasal x byk gak org tengok.. lagipun sekarang aku sibuk BEKERJA.. hmm.. ni first time aku kerja..

TEMUDUGA
saat pertama kali aku mau bertanya ada kerja kosongkah..aku nervous sangat.. aku ingat2 aku x mau p tanya tapi kakakdan mamaku desak..plah ko, cakap mo kerja..hmm..oleh kerana rasa tercabar.. aku pergi tandas sekejap untuk hilangkan rasa gementar.. aku tatap wajahku dicermin, lepas tu aku cakap dengan diriku sendiri..."matang izzah..matang"...perkataan yang dipetik dari seorang kawan di sekolah..haha.. jadi mo dijadikan cerita aku keluar ja dari tandas tu aku direct serbu pekerja restoran makanan segera yang tengah duduk dan santai2 di suatu sudut.. tanpa perasaan.. beberapa patah perkataan terpacul keluar.."Excuse Me, di mana boleh dapat borang kerja kosong tu ya?.. aku ingat dorng xkan peduli..tapi rupanya drg tolg jugak.. satu org tu trs p ambil borang kerja kosong kemudian bagi aku.. punyalah aku begegar waktu tu..rasa cam mo muntah pun ada( bukan menyamph tapi nervous.. kalau aku nervous mesti rasa mau muntah )dapat jak, aku direct pergi tempat kakakku di sebalik sebuah kedai..dia yang tolong isikan sebab tangan ku x habis menggigil.. kemudian aku p hantar.. dengan beraninya aku tanya.." gambar diperlukan?"..bila tu org cakap ya..aku direct p kedai gambar.. terus cuci..haha..nekadkan.. sebenarnya aku sendiri x sedar apa yang aku buat..aku serah borang tu dan drg suruh aku tunggu sebentar..aku ingat hantar jak borang tu nanti dicall.. rupanya hari tu jugk aku interview..langkah kanan sebab manager ada waktu tu..hmm.. mungkin rezeki.. lepas diinterview, kakak manager tu bagi aku brg yang patut diisi dgn keperluan yang patut akubawa nanti.. cam salinan buku bank..kwsp,dan ic.. esoknya aku terus pergi urus.. buat kwsp sekali.. sempat lagi pakcik yang buatkan kwspku komen aku punya tulisan..hmm..kureng betul.. selalu jadi satu persoalan.. nantilah aku berlatih..tapi rasanya bukan penting sangat pun asal org lain dapat baca.. betulkan?..  2 hari kemudian aku datang mau hantar borang tu.. tapi waktu tu rest time.. manager lelaki di disitu suruh aku datg 2.30 petang seetlah hampir setengah jam aku tunggu diluar..rasa dipermainkan pun ada jugak tapi aku fkr positif jak..memandangkan mamaku terpaksa menjaga SPM pada jam 2 petg di hari tersebut aku terpaksa mengguhkannya keesokan harinya..aku takut sangat kalau aku x dterima.. tapi akhirnya pada tanggal 12.12.2011 aku dengan rasminya telah menjadi salah seorang pekerja baru disitu..dan apa yang lebh memeranjatkan aku adalh wanita(hmm..x sesuaikah? gadis?) yang kedua diterima setelah seorang dterima 8 bulan yang lepas drestoran tu..mungkin aku bernasib baik..

ALAM PEKERJAAN
 Hari pertama rasanya aku macam orang b**** pun ada jugak..hampir semua benda yang aku buat x menjadi dan salah.. salh ambil meal, salah punch card.. semualah.. malu jugklah..tapi rasanya semua orang akan melakukan kesilapan pada hari pertama..mungkin..dan sekarang aku sudah bekerja hampir 2 minggu.. semuanya berjalan dengan baik..walaupun kadg2 aku tersilap dan kesilapan itu membabitkan org2 yang tdk berdosa tapi terkena tempaisnya dan aku pula menerima habuan kemarahan mereka..hmm..tapi takpalah aku akan terus bertahan sehingga aku betul2 tidak dapat menahannya lagi.sekurang2nya selepas terima gaji pertama ats keletihan yang aku alami.. dan aku hari ni sudah berada dalam hari ke3 sesi percubaan untuk tugasku yang sebenarnya.. dan 2 hari ni berakhir dengan jayanya.. harap hari ni pun sama dan dipermudahkan urusannya oleh ALLAH S.W.T..amin.. yang aku suka di tempat kerja baru ni bajunya warna BIRU...tapi dengar2 bulan 3 tahun depan semua staf akan pakai baju baru.. hmm..harap2 warnya kekal..pada 31.12.2011 ni tempat kerjaku akan mengadakan sebuah parti dan temanya ALL BLUE.. Ohw, rasa seolah2 semuanya kerana kehadiranku walau hakikatnya x..haha.. waktu tu kami akan ada tukar2 hadiah dan aku harus bagi dengan seorang LELAKI.. apalh yang aku mau bagi ni.. sudahlah mesti 10 ringgit ke ats..dompet pun sekarang mau kering..macamana ni.. tapi aku akan try jugak cari..nanti kesian tu orang kalau aku tak bagi apa2.. terasa juga xmau datang nanti...macam malas jugak lagipun aku bukannya ada kawan yang rapat  pun disitu.. pekerja perempuan yang baru semuanya bekas satu sekolah..mesti aku akan rasa tersisih..tapi malangnya hari tu aku bekerja sampai tutup kedai pada 10 malam..oleh itu tiada sbab untuk aku tidak menghadirkan diri...kerna sememangnya sukar untuk aku melarikan diri..takpalah aku prgi jalah..apa yang lebih menyedihkan lagi. org2 yang aku sudah mula rapat dalam 2 minggu ni akn memberhentikan diri mereka atas urusan masa depan yang lebih penting(SEKOLAH.. YANG TELAH AKU TINGGALKAN)..sedihnya.. mereka akan sekolah dan aku akan terus bekerja untuk mencari sesuap nasi(hanya parabola.. aku boleh jak makan nasi sesuka hati di dapur rumah)..tapi aku cuma sangat bosan dirumah.. yang aku buat tdur, makan, tengok tv...(itupun cuma channel 613 dan 615 jak..disebabkan alat kawalan jauh yang menjadi kawalan seorang insan yang digelar APENG..haha..) sangat membosankan..online pun xkanlah 24 jam kan..biarlah pekerjaan yang sementara ni jadi satu pengalaman untukku menempuh kehidupan baru nant..aku harp sangat aku akan jadi orang yang tabah dan lebih pandai menyesuaikan diri dengan suasana baru..memandangakan aku langsung xda kawan yang aku kenal di tempat kerja ku.. semuanya org baru.. dan aku sedikit2 dapat menyesuaikan diri..ya, manusia akan belajar melalui PENGALAMAN YANG PENUH CABARAN..Dan aku akan belajar!!! doakan ya!!..

Sunday 11 December 2011

Patience and Hardwork will be Paid..

hmm.. hari ni xda ap2x yang special cuma aku mo kongsi betapa kehidupan ni sangat-sangat memerlukan sesuatu yang dinamakan KESABARAN dan USAHA..

Baru2x ni aku berhadapan dengan satu masalah yang tidak pernah aku hadapi..masalah berkaitan komputer..aku ni memang buta IT..x berapa tahu sangat tentang media komunikasi ni...punyalah aku cemas tengok internet network langsung x dapt dikesan oleh komputerku..opss(mamaku)..haha..gementar,takut,hairan..semualh ada... yang peliknya broadband maxis2 menyala biru..tapi akses internet x boleh..punyalah aku bengang.. tapi macam selalu aku buat, aku biarkan jak.. aku ingin lari dari masalah..yang aku sendiri x tahu aku penyebabnya atau x.. kalau x silap bukan aku yang paling last buka komputer sebelum ia jadi begitu..jadi aku mo lari..
hmm..tapi.. sampai bilakan..oleh kerana aku yang balik2x on9 memanjang.. aku juga dipersalhkan..dan aku yang memg cepat rasa bersalah ni..mula resah dalam mencari jalan penyelesaian..terasa mahu duduk dan buat bodoh jak.,.tapi x dapat..aku tetap rasa bersalah..Akhirnya, dengan seribu satu rasa..aku akur dan cuba mencari jalan penyelesaian..waktu 2lah aku rasa menyesal pulak x belajar information communication & technology bagus2x.. tulah..nasihat kpda diluar sana buatlah sesuatu dengan bersungguht2x..kalau belajar tu tumpukanlah perhatian jangan pandang sesuatu dengan sebelah mata saja....

Oleh kerana rasa bersalah 2, aku cuba mencari jalan penyelesaian... dengan mama yang sedang marah, adik kecil yang sibuk bertanya itu dan ini.. kakak yang ke hulu ke hilir.. aku terus rasa tekanan.. sampai moodku jadi down sangat.. orang sms pun aku x reply..hmm.. betul2x mencabar jiwa keremajaanku..sudahlah aku x update sgt pasal teknologi...

lepas jak mama tidur, aku curi2x buka internet di laptop yang lagi satu..aku google sini, aku google sana.. x dapat cari..tapi tiba2x aku jumpa satu forum..semua orang berbual tentang masalah yang betul2x sama dengan masalahku..mata semakin liar membaca jalan penyelesaian.. semua cakap tiada...harus install OS barulah..mesti hantar kedailah..tup2x jumpa satu cara.. aku try..restart..hmm x jadi jgk..aku try yang lain..restart x jadi jgk..waktu 2 aku mo putus asa jak..biarlah kena marah selamanya.. tapi aku tetap terus cari jalan penyelesaian...semua cara yang ditunjukkan aku langsung x faham.. tapi aku cuba jak..sambil tawakal.. dengan kuasa Tuhan..aku berhasil mencari penyembuhnya..dan di sini aku sekarang menaip entry ini dengan rasa puas hati..hmmm.. google memang bannyak membantu..dan lain kali kalau yang diluar sana berhadapan dengan apa jua maslh tentang komputer..jangan hantar ke kedai dulu..tapi try cari jalan penyelesaian..InsyaAllah..Dia pasti akan menemukanmu dengan seribu satu cara melalui perantaraan yang telah dipilih-Nya..Alhamdulillah ya Allah..Aku mencintaiMu selalu..

Sunday 4 December 2011

The Day I've Enter Their World


jujue and me..
tengah-tengah cikgu kitorang(teacher Grace) love you always..
AsSalamualaikum dan evening.. hmm..aku skang tgh menterokai dunia blog..edit sini, edit situ..susah jugak rupanya masuk ke alam penulisan maya ni..mo cari idea untuk tulis pun bikin pening.. tapi aku tetap gak mo cerita walaupun mungkin tiada yang membaca...ni adalah kisah tentang kelasku yang telah aku tinggalkan beberapa hari lalu..lepas ni kami akan membawa haluan masing-masing..aku pun ndak pasti ke mana.. ke simpangkah, ke pangkal jalankah..hmm.. harap2x.. jalan ke syurgalah.. Aku sebenarnya anak baru dalam kumpulan ni..bolehlah dikatakan sebagai pendatang..dulu.. aku memang tak berapa suka kalau budak baru masuk sebab suasana kelas akan jadi lain..dan kenangan pun beransur lain..Tapi x sangka aku pula jadi budak baru pada tanggal 11 januari 2010... hmm..punyalah susah aku mo cari sekolah yang tersayang ni.. jalan jauh..siap nangis2x lagi..lepas sudah sampai pun takda orang peduli sebab semua orang dalam dewan tgh perhimpunan... aku duduk berjam-jam.. cikgu2x tengok jak..dorang ingatkan aku budak petang..hmm..sedih..itu hari yang paling mengharu dan memenatkan..tapi last-last sampai jugak aku akhirnya..dengan badan berpeluh, tudung serabai.. muka monyok.. aku melangkah lemah ..masuk dalam kelas yang sangat asing bagi aku..Alhamdulillah, walaupun dengan kepenatan tahap maksima..aku diterima..semuanya berbaloi.. dua tahun aku dengan dorang, aku dilayan dengan baik sekali.. banyak yang aku belajar dari dorang..ada yang suka(minta g***2x),hihi,,, ad yang gelar aku sandakan, ad yang gelar aku budak2x,ada yang aku rapat, ada yang aku tak berapa kenal, ada yang susah bawa berbincang, ada yang cute, ada yang macho, ada yang paling popular dan banyak lagilah sampai sukar untuk dinyatakan.. dan aku?.. aku..macam nilah..ntahlah sejak masuk dalam dunia asing yang tidak lagi asing  ni..aku jadi manja cam budak kecil.tu yang orang cakaplah..eii...mesti aku nampak cam gediklah 2kan.hmm..teruknya. pada siapa yang juga merasa sedemikian, sorrylah.. aku betul2x x sedar.. tapi dulu aku x camni.. cuba tanya classmate ku di menengah rendah.. ntah-ntah ad sudah yang x kenal aku.. ya.. itulah aku guna nickname ni..bab memang x ramai yang kenal aku..aku lebih suka duduk di tempatku..sampailh orang datang pi tegur..dari form1 sampai form3, aku miss invisible..x dikenali dan x cuba untuk mengenali.. tapi di sini.. aku belajar untuk menjadi sesuatu yang lain..lain dari diriku yang dulu..terima kasih atas layanan yang sangat baik padaku. Juga terima kasih buat TEACHER GRACE yang telah membesarkan aku..hihi..metafora..


.Sebagai tanda TERIMA KASIHKU..AKU CORETKAN SEBUAH PUISI YANG TIDAK SEBERAPA..yang memang IKHLAS,TULUS, MULUS DARI SEDALAM-DALAMNYA LUBUK HATI KECILKU..KU HARAP KAMU MEMBACA..


11 Januari kita bertemu,
kamu memandang aku sebagai orang asing bagimu,
ku tatap setiap anak mata.. 
ku soroti setiap pelusuk bilik darjah
ada yang tersenyum
ada yang ketawa 
tidak kurang juga yang diam seribu bahasa
hadirku tanpa diduga
tanpa senyuman mewah tanda aku gembira
tanpa kata-kata manis penuh berbunga
tapi ketahuilah aku benar-benar tidak sengaja..
lelah dan penat menyelubungi diri lalu tidak ku kisah penampilan diri
menghulurkan sebuah persahabatan yang hambar
hingga 
masuk menganggu dalam kenangan kamu yang terlalu 
lama telah dibina..
maafkan aku andai kehadiranku mencacatkan kenangan itu..
tapi kesemua kamu SPECIAL bagiku..
kerna kamu aku belajar menyayangi
kerna kamu aku belajar menghargai
kerna kamu aku belajar berdikari
kerna kamu aku menyedari betapa penting senyuman itu 
dalam membina sebuah hubungan baru..
Sesungguhnya kamu telah mengajar aku menjadi seorang insan
yang tidak pernah aku bayangkan..
Terima Kasih atas PERSAHABATAN ini..

BUAT TEACHER GRACE
Guruku, saat pertama kali menatap dirimu, aku terpaku
wajahmu redup, gurauan menusuk jiwa
hingga topik serius menjadi jenaka..
bersamamu satu kenangan manis dan indah,
tanggal 30/11/2011, dirimu datang bersama kejutan,
kejutan yang tak pernah kita bincangkan,
sungguh kami berasa amat dihargai
tapi kami memang sering melukai,
hingga air matamu jatuh mengiringi kesabaranmu..
maafkan atas kekurangan ini..
ku harap sejarah itu tidak merenggut perhubungan ini..
you are my teacher and you are my soul..
hope this relation keep still until the end of the world..




Ini antara gambar mereka yang cute,kacak,cantik,tampan..(sory yang xda..susah jumpa pic kamu)

hayati,anis(sentsa dihati),jue bty,mala..pengawas cute..



fahadz,raziq,shamsul,ziman,azry,sarip,donevan,mesz,decklary,benjohn dan amin..

naddu,mimi,nani,mala,saadiyah(sory x npk),fea,amina,yang depan sekali 2 hayati
erm..yang kecik 2,bakal2x kot
..

Pernahkah kau merasa terluka namun hakikatnya kau tidak dilukai dan sedang melukai?

gambar hiasan.. thanks anis..hha..
Selamat awal pagi dunia blog..betapa aku merasa dunia ini sepi sekali..ya memang tinggal aku saja dalam rumah teres ini yang belum melelapkan mata.. Aku terkesima dan tidak dapat menadaptasikan kehidupanku sebenarnya..aku tiba-tiba merasa perhubungan dalam dunia ini ibarat satu tali yang tiada berpenghujung.. contoh z mencintai y tapi y mencintai x..dan x mencintai yang lain..pernahkah anda mencintai seseorang dari jarak yang jauh.. jarak yang sangat terbatas.. entah terbatas dengan apa..melihatnya dari jauh.. mencintainya dalam diam dan perasaan itu semakin bercambah.. ya, perasaan itu pasti pernah ada..hanya penyambung dan kesudahannya sahaja yang berbeza..ada yang terjalin dan ada yang bertepuk sebelah.. Dan aku? aku turut sama merasainya.. mengekori jejak langkahnya..meniru segala kegemarannya..cuba2x menanam azam yang sama..bahkan sentiasa berbuat sesuatu deminya.. ya, hidupku dipenuhi dengan dia..bertahun-tahun memendam rasa..namun aku berhasil.. berhasil? bukan..bukan berhasil menjalin apa2x dengannya..tapi berhasil menepis perasaan ini..biarpun aku sebenarnya amat terluka kerna hidupku memang sentiasa dibayanginya..Dikelilingi dengan insan yang aku kira turut sama mengaguminya tanpa mengetahui perasaanku setulusnya..Aku kecewa dan hatiku ibarat ditoreh-toreh oleh sabit yang tajam.. tapi dia..dia tidak merasa apa2x..sedang dia memikirkan seseorang yang lain dalam kotak fikirannya..ku kira dia kejam, tapi dia tidak bersalah, dia tidak pernah tahu..Itulah lambang terluka namun tidak pernah dilukai..Memang jika dilihat dari sudut positifnya, aku berjaya.. berjaya dalam menyelamatkan diriku dari kawalan sebuah jerat yang memang memeritkan..namun tanpa aku sedari, akibat hidupku dipenuhi dengan dia yang hanya sebuah ilusi.. aku mengabaikan mereka yang menghargaiku..ku putuskan persahabatan, ku lontarkan kata2x yang tidak begitu sedap untuk didengar, ku hindari perasaan lain yang cuba menapak dalam hatiku..kenapa? kerna aku tidak sanggup untuk bertepuk sebelah buat kali kedua atau selamanya..aku tidak sanggup untuk dilukai namun hakikatnya aku tidak pernah dilukakan..tapi..rupanya aku sama sahaja kejamnya jika dibandingkan dengan dia..aku merasa terluka tapi hakikatnya telah melukakan insan lain..dalam erti kata lain.. aku telah kalah sebenarnya..dalam cuba menjaga kehormatan dan keaibanku..aku telah banyak melukakan.. melukakan seseorang yang aku sendiri tidak pasti kesahihan peribadi dan kewujudannya.dan dia pula yang menjalani putaran kekecewaanku...Itulah lambang merasa terluka dan melukai.. 




Jadi cuba kita renungkan coretan tanggapanku ini..kalau difikir2x.. begitulah yang sebenarnya.. bila kita mengharap seseorang dan dia tidak peduli dengan kita, kita salahkan dia.. walaupun dia x pernah tahu.. lepas tu..hakikatnya..kita pula yang sedang melukakan orang lain..life complicatedkan kalau difikir dalam-dalam.. macamana untuk kita adaptasi situasi ini.. kita terluka oleh seseorang yang tidak pernah sengaja melakukannya.. dan melukai orang lain yang tidak berdosa tanpa pernah kita sengaja!! hmm..bukan senang rupanya menjadi orang yang bersih dari segala suatu macam perasaan bersalah..so, tepuk dada tanyalah minda!!!


p/s: buat sesiapa yang pernah melukakan aku tanpa sengaja, aku harap kamu bahagia dan terima kasih sebab pernah membuat aku gembira.. dan buat mereka yang aku lukakan tanpa sengaja (kalau ada).. maaf aku ucapkan.. sesungguhnya aku melakukannya dalam keadaan separuh sedar..(bukan mabuk)..harap kamu mengerti keadaanku..

saja ja, jiwang2x awal pagi, dapat ilham lepas baca satu blog.. trimas buat ownernya..

                                                           -IzZy-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...