|
gambar hiasan.. thanks anis..hha.. |
Selamat awal pagi dunia blog..betapa aku merasa dunia ini sepi sekali..ya memang tinggal aku saja dalam rumah teres ini yang belum melelapkan mata.. Aku terkesima dan tidak dapat menadaptasikan kehidupanku sebenarnya..aku tiba-tiba merasa perhubungan dalam dunia ini ibarat satu tali yang tiada berpenghujung.. contoh z mencintai y tapi y mencintai x..dan x mencintai yang lain..pernahkah anda mencintai seseorang dari jarak yang jauh.. jarak yang sangat terbatas.. entah terbatas dengan apa..melihatnya dari jauh.. mencintainya dalam diam dan perasaan itu semakin bercambah.. ya, perasaan itu pasti pernah ada..hanya penyambung dan kesudahannya sahaja yang berbeza..ada yang terjalin dan ada yang bertepuk sebelah.. Dan aku? aku turut sama merasainya.. mengekori jejak langkahnya..meniru segala kegemarannya..cuba2x menanam azam yang sama..bahkan sentiasa berbuat sesuatu deminya.. ya, hidupku dipenuhi dengan dia..bertahun-tahun memendam rasa..namun aku berhasil.. berhasil? bukan..bukan berhasil menjalin apa2x dengannya..tapi berhasil menepis perasaan ini..biarpun aku sebenarnya amat terluka kerna hidupku memang sentiasa dibayanginya..Dikelilingi dengan insan yang aku kira turut sama mengaguminya tanpa mengetahui perasaanku setulusnya..Aku kecewa dan hatiku ibarat ditoreh-toreh oleh sabit yang tajam.. tapi dia..dia tidak merasa apa2x..sedang dia memikirkan seseorang yang lain dalam kotak fikirannya..ku kira dia kejam, tapi dia tidak bersalah, dia tidak pernah tahu..
Itulah lambang terluka namun tidak pernah dilukai..Memang jika dilihat dari sudut positifnya, aku berjaya.. berjaya dalam menyelamatkan diriku dari kawalan sebuah jerat yang memang memeritkan..namun tanpa aku sedari, akibat hidupku dipenuhi dengan dia yang hanya sebuah ilusi.. aku mengabaikan mereka yang menghargaiku..ku putuskan persahabatan, ku lontarkan kata2x yang tidak begitu sedap untuk didengar, ku hindari perasaan lain yang cuba menapak dalam hatiku..kenapa? kerna aku tidak sanggup untuk bertepuk sebelah buat kali kedua atau selamanya..aku tidak sanggup untuk dilukai namun hakikatnya aku tidak pernah dilukakan..tapi..rupanya aku sama sahaja kejamnya jika dibandingkan dengan dia..aku merasa terluka tapi hakikatnya telah melukakan insan lain..dalam erti kata lain.. aku telah kalah sebenarnya..dalam cuba menjaga kehormatan dan keaibanku..aku telah banyak melukakan.. melukakan seseorang yang aku sendiri tidak pasti kesahihan peribadi dan kewujudannya.dan dia pula yang menjalani putaran kekecewaanku...
Itulah lambang merasa terluka dan melukai..
Jadi cuba kita renungkan coretan tanggapanku ini..kalau difikir2x.. begitulah yang sebenarnya.. bila kita mengharap seseorang dan dia tidak peduli dengan kita, kita salahkan dia.. walaupun dia x pernah tahu.. lepas tu..hakikatnya..kita pula yang sedang melukakan orang lain..life complicatedkan kalau difikir dalam-dalam.. macamana untuk kita adaptasi situasi ini.. kita terluka oleh seseorang yang tidak pernah sengaja melakukannya.. dan melukai orang lain yang tidak berdosa tanpa pernah kita sengaja!! hmm..bukan senang rupanya menjadi orang yang bersih dari segala suatu macam perasaan bersalah..so, tepuk dada tanyalah minda!!!
p/s: buat sesiapa yang pernah melukakan aku tanpa sengaja, aku harap kamu bahagia dan terima kasih sebab pernah membuat aku gembira.. dan buat mereka yang aku lukakan tanpa sengaja (kalau ada).. maaf aku ucapkan.. sesungguhnya aku melakukannya dalam keadaan separuh sedar..(bukan mabuk)..harap kamu mengerti keadaanku..
saja ja, jiwang2x awal pagi, dapat ilham lepas baca satu blog.. trimas buat ownernya..
-IzZy-
4 comments:
mcm mna si dia mahu tahu kalau empunya diri tidak bgtau..meluahlah kpd yg dpercayai.. Dia tdak akan tahu selagi tdak beritahu..mmg akan "terluka" ..same goes to me. Ok,learn from the past. ^^,
erm..yalah..tapi itukan sesuatu yang sukar untuk dilakukan..haha..
Hi, bestnya dia pandai berkata2 hehehehe...
salam kenalan invi :)
done follow here, if u sudi follow back. here i am http://zazamahyuddin.blogspot.com/
thanks.. done follow u too..^^,
Post a Comment