hoping!!

Tuesday 3 January 2012

Marie Digby- Miss invisible(guess this my blog theme!!)





Aku Suka Warna Biru!!


Salam blogger, hari ni aku x tau mau kongsi apa..hmm, semalam aku cuti kerja tapi terasa penat dan langsung xda idea mo tulis pa2 jadi aku kira alang2 sudah TERbuka blog nie, bagus post sesuatu..tentang kerja..bolehlah..sekurang-kurangnya aku masih mampu bertahan setakat ni..Aku dapat kerongsang silver yang cantik waktu parti di tempat kerja tu..apa yang mmg sukar dilupakan cara org tu bagi dengan aku..hmm, tapi ap2 pun org tu cuma main ja.. Sekarang aku cuma menghitung hari bila masa yang sesuai untuk aku mengambil masa cuti yang betul2 lama untuk merehatkan badan yang telah aku kerah untuk bekerja sebelum tiba masa yang sesuai.. tapi InsyaAllah..bukan dalam masa terdekat ni, aku akan cuba bertahan selagi terdaya..dan apa yang lebih menggigilkan aku, aku akan kerja malam waktu buka skola ni.macam waktu skola plak.(walaupun aku sudah menamatkannya 30 november tahun lepas)Dan itu ertinya PENAT dan sangat PENAT.yalah kena closing hari2, cuba bayangkan...hmm.. terpaksa.. sebab mamaku kan pendidik, jadi tiada yang dapat menghantar aku keluar dari taman perumahan yang baru ni..mungkin org sangka aku ni kurg berdikari sebabkan boleh naik bas lagipun pagi apa masalahnya..hmm..sebenarnya perumahan ni terletak sangat jauh dari  tempat yang bas awam lalu..kalau ikutkan hati aku lebih rela naik bas dari kerja malam ..tapi mau kluar pun takut, taman perumahan belum banyak penghuni..untuk pergi ke tempat yang bas lalu perlu berjalan kaki lebih kurang 10 minit..jauhnya adlah lebih kurang dalam 1500 meter..huhu..macam acara jarak jauh pertama yang pernah aku ambil tahun lalu dalam sukan sekolah..haha..tapi kalau berlari sekejap ja kot, malangnya aku bukan pelari antarabangsa.. jauh tu satu hal, persekitarannya pula dikelilingi dengan kebun dan hutan yang tak seberapa tebal.hhe..jadi mau dijadikan cerita sebagai seorang gadis adlah sangat menakutkan untuk mengambil risiko sebegini, lebih2 lagi perumahan ni berdekatan dengan penempatan org2 IMIGRAN hmm, pakai bahasa standard sket..jadi sekranya aku dengan berani sanggup mengambil risiko ini, yang akan menemankan aku berjalan kaki hampir 1500 meter tu adlah org2 yang tidak diKENALI dan kebanyakannya kaum LELAKI.So, lebih baik PENATkan?..OK, cukup2 sampai situ jak kisah pasal kerja ni, macam sdh lari dari tajuk pula... aku nak kongsi cerita pasal kefanatikanku dengan warna biru.. sebenarnya minat ni dipupuk oleh mama aku dari kecl.. kata org "MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA"..(hmm, kenakah peribahasa ni pada tempatnya..) xpa, bukan masa mengarang pun..tapi kalau karangan BM ni..mesti kena potong markah.. Kisahnya bermula sewaktu aku berumur 4 tahun.. waktu tu belum banyak lagi kartun yang disiarkan dalam televisyen.. yang paling aku ingat sampai sekarang, DRAGON BALL, SAILORMOON, TEENAGE MUTANT NINJA TURTLE dan POWER RANGERS..tapi semua kartun ni bukan penyebab tercetusnya cinta yang mendalm pada warna BIRU dalam diri..Ia bermula dari kartun TELETUBIES!!..hah, siapa tahu kartun ni..mesti ramai yang x taukan..sebab kartun ni taklah popular sangat.. Ia ditayangkan disaluran RTM tv2 pada jam 8 pagi..tapi kartun ni sangat aku tunggu2 setiap hari..hah,nilah gambar kartun tersayang tu..yang macam warna biru tu nama dia TINKY WINKY.. Dialah perncetusnya..( mgkin lebh sesuai kalau guna IA)..walaupun sebenarnya dia warna purple, itu yang org bilanglah..tapi aku nmpak cam biru..maklumlah budak keck..tgk pun dari pandangan yang berbeza..tapi xpa, aslkan aku bahgia,, betul?..


disebabkan kefanatikan ku ni, hampir semua benda2 kepunyaanku memiliki warna yang sama iaitu BIRU.. waktu diasrama. sekolah, org x payah tanya aku minat warna apa.. semua org tahu sejurus tengok loker dan barang milikku..beg skola, pencil box, pen, pen drive, baldi, berus kain, berus gigi, kacamata,saputangan dan even MY DIARY..it's all come in BLUE..and I love them so much.. Tahun 2011 paling banyak benda warna BIRU. Baju kurungku raya thun lepas pun BIRU.. Tema parti asrama biru, tema tempat kerja pun BIRU..how nice..haha.. hah, nilah antara brg kepunyaanku yang berwarna BIRU..

ni brg untuk study



ni my Diary ngan perhiasan sket..

p/s: warna pa2pun yang kita minat..semuanya cantik.. x salh terlampau minat tapi jangan sampai membazir..ok..see you in another post.. Daaaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...