hmm..dah dengar lagu di atas nie..Hari ni aku cuma teringin berkongsi pendapat aku tentang CINTA..Ramai di antara kita bila melihat terus pada perkataan C.I.N.T.A terutama remaja memikirkan tentang hubungan
Hubungan??..ya, hubungan..hubungan jarak dekat, jarak jauh, tiga segi, dua segi..macam2 lagi.. mungkin semua yang difikirkan itu ada benarnya..memang tafsiran cinta itu kasih sayang pada Tuhan pada seseorang, pada keluarga, pada sesuatu, pada benda..dan banyak lagilah.. Ramai juga bertanggapan adalah penting menjalinkan hubungan di usia muda.. ini sebagai salah satu persediaan di masa depan..menjalin hubungan untuk pengalaman.. atau mungkin sekadar ingin mencuba..atau merasakan hubungan yang terbina dari muda maksudnya agak lama akan berkekalan..tapi ada pula melihat dari sudut pandangan yang berbeza..hubungan yang lama terbina membosankan,hambar dll.. tapi bagi aku..itu pendapat peribadi.. tidak semua org yang bercinta lama berakhir dengan adegan yang sempurna.. begitu juga dengan org yang bercinta dalam masa yang singkat..jadi terpulang pada setiap individu itu sendiri..apa yang dicarinya dalam sebuah hubungan.. keserasian? pangalaman? permainan? mungkin juga kesempatan yg mustahil untuk dilepaskan... so, tepuk dada tanya selera..
berbalik pada tajuk yang aku letakkan..
'MAKANAN TANPA PERASA TIADA BERERTI"
Frasa yang aku simpulkan ni adalah tanggapan peribadiku terhadap C.I.N.T.A..
maksudnya.. makanan tu umpama cinta... perasa tu apa yang ada dalam cinta tersebut..misalnya..kenapa kamu tertarik pada si dia.. kerana ilmu? akhlak? gaya? sikap? wajah?
seperti sabda Rasulullah S.A.W,(Riwayat Saihan)
pilihlah wanita itu dengan empat perkara:
1.Harta kekayaannya
2.Keturunannya
3.Kecantikannya
4.Agamanya
Sudah pasti yang paling baik antara setiap sebab adalah agamanya.. Dan aku sebagai seorang gadis biasa tidak dan belum memiliki kriteria tersebut ..
-harta? masa depan ku masih kurang jelas..
-keturunan? bagi yang mengenali status kekeluargaanku sudah pasti mereka mengerti..namun InsyaAllah keturunan yang baik..
-kecantikan? cantik itu terlalu subjektif..boleh jadi yg cantik pada dia, hodoh pada yg lain..
-Agama? Ya, inilah salah satu sebabnya aku masih terumbang-ambing tentang arah tuju hidupku.. Wallahualam..tapi aku merasa diriku sangat cetek dalam ilmu keagamaan..
Sekiranya cinta itu mempunyai sebab yang indah pasti keindahan itu terasai oleh pemiliknya.. sedangkan tiga daripada pilihan di atas adalah faktor cinta yang berSEBAB..SEBAB yang bakal hilang terus andai Allah berkehendak mencabut kenikmatan yang sememangnya milikNYA dari seorang hamba seperti kita.. jadi.. menurut aku.. Layakkah..seorang hamba yang kosong seperti aku mencari cinta duniawi terlebih dulu.. Wallahualam.. tapi, jelas aku bukan seorang yang layak..aku masih perlu mencari cahaya yang terang untuk menyuluh perjalanan hidupku ..
Bagi mereka yang sudah pun menjalinkan hubungan..tahniah aku ucapkan..sesungguhnya cinta amat manis sekranya berada dalam batas syarak.. aku harap hubungan kamu suci dan terpelihara..Dan sekiranya ditakdirkan satu hari nanti aku bertemu dengan seseorang yang diutus olehNYA..doakan kebahagiaan sementara itu tidak berlandaskan nafsu semata-mata.. tapi buat masa ini..doakanlah aku menemukan cahaya buat menerangi laluan hidupku..menemukan cinta itu..ya, CINTA pada ALLAH yang ESA..
Sebuah Harapan..
Amin ya Rabballamin..(^ ^,)
No comments:
Post a Comment