Ini kisah aku.. camana aku boleh di sini.. begini ceritanya..
Aku dari sebutir benih yg dah rosak.. tiba-tiba ada orang ambi aku..orang tu x pasti aku bunga apa.. tapi dia ambil juga sebab dia nak tahu..pastu dia bawa aku pulang..
Aku ditanam ke dalam pasu yang hampir pecah..hari demi hari berlalu..aku terus tunggu dan tunggu..tapi tuan aku tak bagi air sedikit pun untuk aku..aku dahaga..tapi aku tak mampu nak minta...
Satu hari tu, dia datang lawat aku..aku ingat dia datang nak bagi air..rupanya..dia sumpah2 aku sebab langsung x berbunga..aku sedih..tapi aku tak mampu untuk menangis..Aku lihat sekeliling, bunga lain sudahpun mekar..mereka bertahan..dan aku akan pastikan aku juga..
Tuan aku datang cuma sekali seminggu..itupun untuk melihat apa jenis bunga yang aku keluarkan..bukan untuk memberi air walau sedikit..mujur Allah menyayangiku.. hujan turun sekurang-kurangnya 2 kali seminggu..Aku bersyukur..
tak lama lepas tu..aku tiba2 terdengar bunyi bising.. bising sangat..rupa2nya tuan aku bergaduh.. dengan siapa aku pun tak tahu.. gara2 marah punya pasal.. tuan ambil aku dan hentakkan aku ke lantai..tuan...rasanya sakit sangat..tapi malangnya aku tak mampu mengadu sakit..
Lama aku dibiarkan di lantai.. aku tidak pasti apa yang berlaku.. mungkin hampir 2 hari... mujurlah seorang lelaki datang kutip aku..masukkan aku balik dalam pasu..gembur tanah pada aku.. aku berterima kasih..tapi sayangnya dia x mampu mendengar..
tak lama kemudian bunga aku pun bercambah... bunga aku mekar lambat sangat..hampir setiap hari tuan aku merungut.. aku diam.. tidak mungkin aku membalas..
Akhirnya bunga ku mekar juga.. aku gembira..ingin saja aku berteriak memanggil2 tuanku..ingin saja menjerit namanya.. ingin aku katakan..'lihat2!! aku telah berbunga'... seperti dikabulkan dia menjengukku.. tapi dia terkejut.. ekspresinya x seperti aku duga.. dia mengambil ku.. dibawa aku ke kawasan lapang entah di mana.. dia meninggalkan aku di situ.. aku meronta..tapi dia tidak peduli...tuanku kecewa.. ya, sebab mungkin aku bukan bunga yang dia sangka..
aku bersendirian di situ...hanya ditemani spesies lalang yg banyak..mereka memandangku dengan hina.. aku terguris.. aku terhina.. namun dalam diam aku belajar dari mereka.. walau mereka hanya lalang yang tidak panjang hayatnya kerana tidak disuka manusia..mereka terus bertahan..mereka terus bersaing..
dari mereka aku belajar..dari mereka aku mengerti..bukan diriku sahaja yg malang di dunia ini..
justeru, aku berjanji..meski bagaimapun nasib aku nanti..aku akan terus begini.. terus berbunga dan berusaha
untuk terus hidup sendiri..
Tuan..
terima kasih pernah mengambil aku entah dari mana..
terima kasih pernah memberi aku harapan yg hampir tiada..
tapi..
tanpamu tidak mungkin aku mampu terus hidup..
tidak mungkin aku mampu untuk berbunga..
teima kasih seikhlasnya..
Akan ku jaga diri ini..meski bukan bunga cantik bak bunga ros atau melati...aku mensyukuri kurniaan Tuhan dan aku faham.. meskipun aku cuma BUNGA TAHI AYAM...
#Rekaan semata-mata..Assalamualaikum..^^,
3 comments:
Anda bukanlah Bunga Tahi Ayam, hidup manusia penuh dengan kekangan dan cabaran, Bak kata kaum saya 'Manusia tiada seribu hari baik, Bunga tiada seribu hari merah', anda merupakan seorang yang kuat dan tabah kerana berjaya mengharunginya
Anda bukanlah Bunga Tahi Ayam, hidup manusia penuh dengan kekangan dan cabaran, Bak kata kaum saya 'Manusia tiada seribu hari baik, Bunga tiada seribu hari merah', anda merupakan seorang yang kuat dan tabah kerana berjaya mengharunginya
wow..wong ada blog..haha..daebak.. ini perumpamaan jak bha..haha..
Post a Comment