hoping!!

Wednesday, 19 December 2012

Rasa ITU Rahsia..^ ^,

Assalamualaikum..
Hari ne rasa nak berjiwang sket..tak suka??..x apa..sekadar rasa yang x terungkap oleh lidah..




Tatkala aku melangkah..
langkahan ke sebuah dunia baru..
Rasa itu telah lama hadir..
Mengiringi imaginasi yg mungkin x terkecapi..
Terkesima dgn sepasang mata yg memerhati..

Ya, benar.
Begitu mudah rasa itu bertapak..
Tanpa perlu mengenali..
Tanpa perlu menyelidiki..
SIAPA di sebalik jasad pinjaman Ilahi..
Perasaan yg merobek-robek seketul daging
Yang rapuh dan hampir hancur..

Ternyata frasa 'berfikir sebelum bertindak' itu benar..
Ternyata HIDUP di dalam KOTAK itu indah..
Jasad itu telah dimiliki..oleh dua entiti..
Insan dan Tuhan..
Saat itu aku tersenyum sendiri..
Ternyata Egoisku menyelamatkan keadaan..

Namun..
Benar, seperti sangkaan..
Cinta remaja itu terlalu rapuh untuk bertahan..
terlalu naif untuk diduga..
terlalu ramai mata yg kurang senang melihatnya..
Ia akhirnya terbelah dua..

Kekecewaan yg datang memang sukar untuk dibendung..
Bisa terlepas kepada apa-apa jua yang ada di muka bumi..
mungkin tumbuhan..mungkin jua haiwan..
ataupun mungkin kepada sesuatu yang lebih berteknologi..
Tapi AKU menang dalam pilihan..
Sebuah luahan yg mash segar dalam ingatan..

KECEWA..SUKA @ MARAH..
Rasa yg x mungkin terpampang di wajah..
semua itu rahsia..Hanya Tuhan yang tahu..
'Perasaan itu hanya perlu tahu kawan..tidak semestinya untuk memiliki'
Kata-kata sadis yg mungkin terluah tanpa 100% kesedaran..
Sebuah sindiran buat seketul daging dalam genggaman..
Yg pada hakikatnya seperti memanah dgn sasaran -DIRI-..

Manusia??
Memang senang makan..
susah untuk berhenti..
Makanan yg lazat buat fikiran entah ke mana..
buat akal berlari untuk seketika..

Jasad itu..
satu-satunya IMPIAN yg menjadi nyata..
Apa telah terjadi..
Apa yg telah diminta pada TUHAN..
Wujudkah magis untuk mengadakan sesuatu yg terbina dulu??
Itu semua tetap rahsia..
Rahsia yg Maha Kuasa..

Jasad itu
satu-satunya IMPIAN yg telah dilepaskan..
Sebuah Tahun Tuah buat seseorang yang dalam kesamaran..
Pendirian melebihi segalanya..
tersilap langkah..buruk padahnya..
Biarlah RASA itu menjadi RAHSIA..
kerana Jalan di depan masih panjang..
Apa kau pasti tiada yg datang menghalangi..
apa kau pasti dugaan besar MAMPU kau tempuhi..
sedang semangkuk nasi belum MAMPU kau beli..
Keluarga sendiri??
Masih belum mampu kau SAYANGI..
Apalagi Penciptamu yg HAKIKI..


*Lepaskanlah apa yang perlu dilepaskan.. terkadang kata hati itu benar.. mungkin Dia hanya diutuskan sementara sebagai perantara agar kau kecewa dan akhirnya kembali MENCINTAI cinta yang jauh lebih suci..Berbahagialah.. pasti ada yg mendoakan..pasti ada yg melindungi.. Suatu Hari Nanti..^ ^,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...