hoping!!

Friday, 15 June 2012

Zaman Keanakan telah berlalu,Zaman Kedewasaan bakal menjengah..

Assalamualaikum.W.b.t

Kalau dilihat dalam dunia ini, manusia banyak perbezaan.. ada putih, ada hitam, ada di jalan lurus, ada di jalan bengkang-bengkok..ada comel, ada matang...
 Tapi walau siapapun 'DIA'(manusia) itu di dunia ini..samada majistret atau lawyer.. penyanyi atau pelakon..mahupun guru atau pelajar.. Mereka pernah dan akan melepaskan zaman keanakan...tapi manusia sering tersilap dalam berfikir..Sewaktu masih anak-anak, kita semua fikir secara mudah.. kalau hendak makan disuapkan, kalau hendak ke sekolah dsiapkan, kalau tidak tahu diajarkan..mahu buku,dibelikan..mahu duit diberikan..kesimpulannya, semua, ada orang yang bantu.. tidak perlu fikir apa..

CONTOHNYA..-TENTANG CITA-CITA-
Fikiran waktu anak-anak..
'Saya rasa saya nak jadi doktor'.

Fikiran bila dewasa..
'Nak jadi doktor?..macamana ya..bolehkah ni.. berapa gajinya nanti ya.. macmna caranya.. penatkah ya.. mesti sibuk..ada masakah.. saya mampu belajarkah..hmm..

fikiran manusia semakin menjadi rumit..dan memikirkan sesuatu terlalu dalam meskipun hal yang remeh sekalipun diambil peduli dan menjadi berat..

CONTOHNYA...-TENTANG BILA DAPAT HADIAH-
Fikiran waktu anak-anak..
'wow, terima kasih'.

Fikiran bila dewasa..
erm,tapi ne siapa bagi, sebab apa ya.. mahal tak.. apa dalam ne..

Semakin aku membesar aku semakin mengerti ertinya hidup..nampaknya hidup bukan semudah yang kita sangka..tapi bagaimana pun kita cuba menjadi matang dan berfikir jauh saat kita masih kanak-kanak,kita masih tidak mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan dan situasi sebenar tetap samar kerana kita belum melaluinya.. lalu banyak yang menganggap hidup ini terlalu mudah untuk dilalui.. dan tidak mahu belajar 'MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI'..hakikatnya..perkara inilah yang paling penting perlu berlaku dalam hidup kita.. kita perlu bagaimana rasanya 'SUSAH'..kalau difikir2kan..ramai yang berjaya adalah dari kalangan yang semmangnya sudah SUSAH sejak kecil..itulah mereka berjaya, kerana ada pendorong yang kuat..mereka sudah tahu bagaimana nasib apabila tidak belajar..mereka sudah tahu apa akan berlaku jika mereka malas.. mereka takut memiliki nasib yang sama.. tapi lain bagi mereka yang SENANG sejak kecil..mereka menganggap..mereka akan mendapat semua yang mereka mahu.. mereka rasa mereka akan mewarisi kekayaan keluarga..akan mewarisi kehidupan yang bahagia..tapi tanggapan tu salah sebenarnya.. Kerana setiap orang yang hidup di dunia punya nasib aliran hidup yang berbeza.. cuba fikir kalau semua manusia menjadi doktor..siapa pesakit.. kalau semua menjadi polis siapa jadi penjenayah..kalau semua menjadi guru siapa jadi pensyarah.. kalau semua pengawas siapa pelajar biasa..


Jadi nukilan ini hanyalah satu perkongsian dari aku yang masih cetek pasal dunia..tapi yang pasti aku sudah melaluinya..ingat bagi mereka yang masih muda..mungkin lebih muda dari aku..

HIDUP YANG KAMU LIHAT SEKARANG BUKAN DUNIA SEBENAR,
IA ADALAH ZON SELAMAT UNTUK KAMU BERFIKIR
 DIMANA KAMU MENYANGKA IANYA SATU PENYIKSAAN.
SEBENARNYA IA KUNCI ALAM KEDEWASAAN..
LALUI DENGAN BAIK MAKA BAIKLAH MASA DEPAN..
LALUI IA DENGAN SELAMBA MUNGKIN KAMU BAKAL TERMENGAH2..
JADI HARGAILAH HIDUP DENGAN MENGHARGAI SETIAP DETIK YANG BERLALU..
DAN JANGAN HINA HIDUP ATAU LALUAN ORANG LAIN..
SEBAB MASA DEPAN KAMU JUGA TIDAK JELAS..INGAT

KARMA ITU WUJUD!!!!!!


Sekadar sebuah perkongsian dari insan yang serba kekurangan.. ingat hidup cuma sekali so kita enjoy!! tapi kalau belum bergaji dan bekerja.. remaja cuma sekali so kita belajar!!..haha..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...