hoping!!

Sunday, 14 January 2018

Hello 2018

Hi Invisible friends,

This is my first post after 4 years..haha..

will be update about my pending journey soon..:)

Saturday, 31 May 2014

BIRU (Cerpen)

Aku menatap satu persatu status baru rakan-rakan di facebook. Hatiku tertarik untuk membaca lebih lanjut status milik seorang rakan lama, Kamil. Ya, Kamil rakan sekolahku ketika Pra-Universiti dulu. Terus terang, memang ada suatu perasaan jauh tersimpan untuknya. Namun, aku kurang pasti perasaan apa. Dia hadir ketika aku berjuang demi masa depan.

"Qiz!" Kamil memanggil. Aku terkejut lalu memberhentikan langkahku menuju kantin."Qiz, saya nak cakap kejap boleh?". Aku mengangguk setuju lantas duduk di sebuah kerusi panjang berhadapan dengan koperasi. Kamil ikut duduk. "Cakaplah". kataku ringkas. "Qiz, sebenarnya saya..saya sebenarnya". Aku bingung dan perutku mulai berkeroncong. Wajahku jelas menunjukkan aku kurang senang. "Saya sebenarnya suka awak, Qiz. Takkan awak tak sedar". Sekiranya jantung itu zahir sifatnya, pasti aku malu. Degupannya hampir sama seperti degupan seorang pelari Olimpik. Aku bergegar, tingkahku mulai tampak aneh, namun, aku kawal sebaiknya. "Apa?" Soalku menutup gemuruh. "Ya Qiz, saya selesa dengan awak, awak baik..awak rajin". ungkapnya sepenuh perasaan. Wajahku mulai panas, aku pantas berdiri dan bergegas ke kantin. Kamil tidak mengejar.Aku pasti dia bingung. Bukannya maksudku untuk tidak menjawab atau marah. Namun, lidahku kelu, tindakan ku spontan. Aku tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Janjiku pada diri tiada hubungan istimewa ketika sedang belajar. Aku akui, sejak hari pertama aku mendaftar masuk ke sekolah ini sebagai seorang pelajar Pra-Universiti, dia memang terlebih dahulu berjaya menarik perhatianku. Kamil pelajar pintar malah sangat terkenal di sekolah itu. Atas dasar alasan itu serta prinsip yang aku pegang, aku kuburkan perasaan yang ku kira hanya bisikan syaitan. Dan bila ia sudah hampir mati begini, keadaan nampaknya semakin menghimpit dengan luahan perasaan kamil. 

Sejak hari itu, aku mula mengelak daripada bertembung dengan Kamil. Surat, hadiah dan pesanan melalui rakannya aku simpan. Ya, aku simpan. Keadaan itu berterusan sehinggalah peperiksaan besar menjelang. Kami tidak lagi bertegur seperti biasa. Malah aku tidak selesa. Di luar bilik peperiksaan, aku khusyuk membaca buku Makroekonomi. Ini subjek terakhir sebelum aku menamatkan zaman persekolahanku. Tiba-tiba Kamil duduk di sebelahku. Aku buat-buat selamba sambil memegang buku. "Awak mengelak dari sayakan?" katanya membuka bicara. Aku tersenyum dan menggeleng. " Qiz, saya cuma nak tanya, hari ni hari terakhir peperiksaan, lepas ni kita mesti tidak jumpa lagi, kan?" Ujarnya. "Jadi?" meluncur laju perkataan tersebut dari bibirku. Bunyinya sedikit kasar dan tidak terkawal. "Jadi, bagaimana dengan kita?" Soalnya. Dahiku mulai berkerut, entah mengapa emosiku tidak stabil hari itu. Mungkin sebab aku gemuruh dengan subjek yang bakal ku duduki. "Jadi apa? Kamil, sekejap lagi peperiksaan, boleh tak kita jangan bincang pasal ne!" Kekasaranku mulai terserlah. Aku menyesal tapi sudah terlambat.Pengawas peperiksaan memanggil masuk. Dan itulah kali terakhir kami berkomunikasi.

Aku tersedar dari lamunanku. "Maaf Kamil". Getus hati kecilku. Bukan maksudku berlaku kasar, Namun masa tersebut sungguh tidak sesuai. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu memiliki perhubungan masa lalu. Ibu bapaku bercerai sejak kecil dan orang dari masa lalulah puncanya. Malah aku percaya pada jodoh. Pasti yang sebenar akan datang tepat pada masanya.

Dalam masa beberapa bulan lagi, aku bakal menyambung pengajianku di peringkat ijazah. Aku tidak boleh lalai. Ini bersangkut paut dengan masa depan.

"Qiz!" Ibu memanggil. Aku bergegas turun ke tingkat bawah. " Kenapa mak?" soalku. "Pergi bersiap, malam ni kita nak ke dewan, anak sepupu mak kahwin". Jelas ibu. Aku menurut. Selesai mandi, aku memakai maxi dress panjang berwarna pic berbunga ungu. Shawl ungu tua aku lilitkan di kepala. Aku lengkapkan dengan sehelai kot panjang untuk menutup lengan. Entah mengapa hari ni aku tidak berminat memakai baju biru. Kebiasaannya aku keluar dengan pakaian biru dari tudung sehinggalah kasut. Biru memang warna kegemaranku. Boleh dikatakan aku peminat tegar. Tapi hari ini, aku pilih ungu. 

Kereta meluncur laju. Kami tiba awal sebelum majlis resepsi bermula. Suasana dewan amat tenang, cantik dan ekslusif. 15 meja bulat berbalut kain satin putih disusun rapi di sekitar dewan. Oleh kerana tetamu belum ramai, kami bebas memilih meja untuk duduk. Meja tengah menjadi pilihan tidaklah tampak keterlaluan nanti. Aku berbual-bual dengan adikku yang baru berusia 8 tahun.
Tetamu beransur datang. Tiba-tiba, seorang makcik duduk di meja kami.Kami senyum lagipun memang tempat itu kosong. Dia melambai-lambai tangannya. Seorang pakcik dengan budak lelaki sebaya adikku turut menyertai kami. Mereka tidak berbicara. Hanya duduk. Keadaan menjadi janggal. Aku duduk tegak sambil memerhati budak lelaki tadi. Dia lengkap berbaju selangor biru sambil memegang PSP yang juga berwarna biru. "Wah, comelnya budak ni, pakai serba biru pula tu". Bisik hati kecilku. Aku mengusik adikku dengan pandangan mengejek. Dia marah. Aku tertanya-tanya siapa mereka sekeluarga. Lengkap dengan pakaian serba biru pula tu. Aku cemburu. 

Bunyi audio mulai bergema. Alunan selawat ke atas nabi diputarkan. Setiap mata tertumpu pada pengantin sejoli berbusana warna merah hati yang berarak masuk. Di belakang pengantin, kelihatan pegapit perempuan berbaju kebaya biru, begitu juga jurukamera. Pengantin terus berjalan sehingga ke pentas. Namun pengapit dan jurukamera tadi menyimpang lalu berdiri di sekitar meja kami. Aku hairan. Mereka mula berbual dengan makcik dan pakcik tadi dengan loghat yang sukar untuk aku mengerti. " Eh, Kita keluarga pengantin ya?" Ibu memulai bicara. " Ya, Saya emak pengantin lelaki, kami sekeluarga dari Sarawak". Jawabnya. Hah? terkejut aku dalam hati. Keluarga pengantin? lalu mengapa duduk semeja kami, di kawasan tengah pula tu.Yalah, kebiasaannya keluarga pengantin kan duduk di meja depan. Mungkin mereka segan agaknya. cetusan hatiku tidak terluah. Aku hanya diam sambil menjamu makanan. Ibu mulai berbual rancak dengan makcik tadi. Rupanya mereka dari Sarawak dan baru sampai tadi. Cuma mereka 7 sekeluarga datang. Tiket mahal katanya. Sambil makan aku mengira-gira. Hmm, baru 6 orang termasuk pengantin. Mana lagi satu?

Mataku melilau mencari jawapan.  Seorang lelaki lengkap berbaju selangor biru dengan rambut bersikat tepi menuju ke arah kami. Aku terpaku. Ibarat berada dalam mimpi, wajahnya bercahaya. Lebih-lebih lagi bukan bajunya sahaja biru, malah kasut dan jam tangannya juga sedondon. Dia berdiri tepat di sebelah kerusi ibunya bertentangan dengan aku. Makcik tadi mulai memperkenalkan satu persatu anaknya kepada ibuku. Lengkap dengan umur dan tempat belajar. Detail sungguh. Mukaku mulai panas. Yalah, seorang lelaki berbaju serba biru kini betul-betul berdiri bertentangan dengan aku. Aku memang sering bergurau dengan rakan-rakanku, kononnya lelaki idamanku wajib datang berpakaian biru dan aku tidak sangka ianya boleh pula berlaku. Aku pura-pura selamba sambil curi-curi mengangkat kepala. Umpama renjatan elektrik, mata kami bertembung. Aku pantas tertunduk malu. "Duduklah".Ujar ibunya. Ku lihat semua kerusi yang mengelilingi meja sudah penuh. Oh tidak, kerusi sebelahku kosong! Maksud Ibunya..."Duduk sini". Sambung makcik tadi sambil menunjuk kerusi di sebelahku.. Aduh! degupan jantung ku tambah pantas. Dia kemudian duduk benar-benar di sebelahku. Bagaimanalah aku hendak makan jika begini. Kerlipan lampu kamera memancar. Aku mendongak. Jurukamera yang juga adik-beradik pengantin mengambil gambar kami semeja.  "Bagus". Getus hatiku. Gambar itu nanti akan ada 'orang asing' yang 'menyibuk'. Keluarga pengantin perempuan mulai bergilir-gilir datang memujuk keluarga pengantin lelaki untuk duduk di meja VVIP di barisan hadapan.Namun, mereka menolak dan berkeras untuk terus duduk semeja kami. Keadaan beransur tidak selesa. Selesai makan, oleh kerana tidak senang dengan keadaan itu, ibu mengambil keputusan untuk pulang. Kami mulai bersalaman dengan mereka sekeluarga dan meminta diri. Sementara mereka akhirnya bersetuju untuk berpindah ke hadapan. Pertemuan singkat yang aneh.

Hari demi hari berlalu, akhirnya tiba masa untuk aku mendaftar sebagai seorang pelajar Ijazah Ekonomi di UITM. Selesai taklimat, aku ke bilikku. Setiap bilik dikhaskan untuk dua orang pelajar sahaja. Rakan sebilikku namanya Lia, orang Sarawak. Dia setahun lebih muda lantaran dia lepasan matrikulasi. Hubungan kami menjadi semakin rapat setelah beberapa lama. Kami makan bersama, jalan ke kota bersama dan sering bertukar-tukar cerita. Lia selalu bercerita tentang keluarganya. Keluarganya mengikut cerita sangat bahagia. Tidak seperti aku. Sampailah suatu hari kami berbual-bual tentang tempat asal masing-masing. "Eh, awak orang sana rupanya!" Kata Lia terkejut, bila aku sebutkan tempat asalku. "Ya, kenapa awak terkejut?" balasku. "Abang saya kahwin di sana dulu, kebetulan kan?". Aku diam sambil tersenyum. Ya, mungkin kebetulan.

Perbualan itu mati di situ dan hari-hari pantas berjalan seperti biasanya. Sehinggalah selepas cuti semester tahun akhir pengajian. " Qiz, awak tahu, hari tu masa cuti, abang saya nampak gambar kita dua dalam telefon, dia cakap dia kenal awak".Kata-kata Lia buat aku terkejut. "Eh, siapa namanya?" Saya rasa saya tiada kawan dari Sarawak selain awak, mungkin dia silap orang agaknya". Jelasku. "Nazim, kenal?" Aku menggeleng. Ya, nama itu asing. Tiada rakanku namanya Nazim. Bunyi dering telefon Lia berbunyi. "ok, kejap". Lia mematikan talian. "Qiz, temankan saya ambil barang di parkir kejap, boleh?" Aku mengangguk. Tudung ku sarung dan aku mengikut Lia ke parkir kereta. Aku duduk di hujung kantin sambil memerhati Lia menuju ke kereta jenama Perodua myvi berwana biru. Aku segan. Candy crush aku main dengan khusyuk sementara menunggu Lia. Tiba-tiba Lia memanggil. "Qiz!" jeritnya. Aku memandang ke arahnya. Seorang lelaki lengkap berkemeja biru berpetak-petak keluar dari kereta. Aku kaku. Lia dan lelaki itu menuju ke arah aku. "Qiz, kenalkan, abang saya, Nazim". Ibarat buah cempedak jatuh dari pokok begitulah jantungku hampir gugur dari tempatnya. Lelaki itu senyum. "awak masih ingat saya?" katanya. "Yalah Qiz, patutlah saya macam pernah nampak awak, awaklah yang duduk semeja dengan kami masa majlis abang saya kan?"Suara Lia sayup-sayup ku dengar. Ya, itu dia...Dia yang lengkap dengan selangor, kasut dan jam tangan biru yang aku sangka mimpi.. Jadi mungkin inilah yang orang katakan JODOH dan ia datang tepat pada masanya. 

Nukilan: Izzy

Pesanan: Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Sebarang persamaan hanya kebetulan.. kebetulan? Ya. KEBETULAN....^^,

Friday, 30 May 2014

.....

Assalamualaikum...

Just want to say...
I'm starting over somewhere...Coming soon...

Gudluck me...^^,

Thursday, 22 May 2014

me..

People said opportunity only come once..
but for me it always come..
but I let them go as I have tonnes...
Now there's only one..so why not grab it and try...

gudluck izzy..^^,

Saturday, 15 February 2014

Me and my pets..

Assalamualaikum

hoho..lama tak update..
 sbelum ne aku ada post pasal my first pet kan?..
nilah kura-kura!.
tapi...tapi..bad news2..dua-dua ekor dah pun mati..x tahu sgt sebab dorg mati..maybe tekanan kot..hoho.. mula2 satu mati..tiba2 yg satu lagi langsung x mau makan..Betullah kata orang semua benda di dunia perlu temankan..bayangkanlah kalau kita hidup di dunia ni sendirian, mesti kita boleh 'mati'  kebosanan..Alhamdullilah..nasib baik dunia ni ada 700 000 000 spesies homosapiens kan?..hehe..

 Dan sebenarnya banyak ayat-ayat Al-Quran hurai pasal ni.. 
((...Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasang.)(SurahAl-Ra'd: 3)

(( Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasang ))
(Surah Adz-Dzaariyaat : 49)


So, bersyukurlah jadi makhluk Allah kan..Hebat Allah cipta kita dengan sangat detail..lengkap dengan perasaan kasih sayang dan rasa ingin dikasihi..  kura2 aku ni ajar aku banyak perkara tentang menghargai orang di sekeliling.. ^ ^,

Lepas tu, aku xda lah tanggungjawab dah..sampailah satu hari, aku pergi lawat rumah sepupu aku.. sebenarnya aku ni bukan responsible sangat orangnya.. boleh cakap agak selfish..hoho..so, aku bukan 'fan' sangat dengan haiwan peliharaan even kucing.. Tapi tiba2 hari tu aku ternampak sesuatu yg tarik perhatian aku...ada kucing kecik menggigil dekat tangki sekolah ( rumah sepupu aku dekat dgn sekolah)... Cerita2 punya cerita, dorang tu pelihara kucing..sihat2 yang amat..hoho..

sihat habiskan..makan friskies kot..hehe
pastu tiba2 tebuka pula topik nak kucing..pakck aku terus offer nak carikan.. turun dari rumah..seminit kemudian dah ada kucing..kucing yg aku nampak di tepi tangki tadi..pakck aku ckp ada org buang.. kesian kecik2 kena berdikari..tapi at  least kucingkan..daripada mereka yang buang anak tu.. Astagfirullah..Nauzubillahminzalik.. akhirnya aku official jadi tuan kepada seekor kucing yg aku namakan KABUSANG..maksud dia..nama sekolah kat situ..Sk Kabulu..lepas tu dia di Buang tapi dah ada yg Sayang..hehe..kreatif tak..
comel tak? daun tu aku yg letak..bukan gugur..aha..
ni lagi..
kyeopta ja dia main2 tali rafia...
Tapi actually..dia dah hilang..dia dah x ada.. dah mula aku sayang..aku belai.. dia tiba2 tak pulang..Dia pernah jalan2 tapi selalu dia balik..terus mengiau lepas tu minta angkat.. tapi tiba2 dia x balik sung...hoho..mengaku yg aku nangis.. gara2 kucing pun kita boleh nangiskan..hmm..betapa lemahnya hati seorang manusia..  Aku rindu sangat dengan dia..kabusang x banyak songeh..x banyak mengiau..dia selalu buat aku senyum..kalau malam2 nak tau dia tidur kat mana?
dia tidur atas adikku..
walaupun dia terhimpit banyak2 kali..dia tetap cuba.. sampai satu hari tu..dia macam marah..dia gigit olok2 jari adik aku sebab dia terhimpit..comelkan..hoho..
tapi xpalah mudah2an dia jumpa kehidupan yg lebih baik di luar sana..pintu sentiasa terbuka utk dia..maybe attitude aku sendiri yg x padan ada haiwan peiharaan.. :')..oklah,..Daaaaaa,,Assalamualaikum..

p/s:Kabusang I miss you..








Friday, 31 January 2014

What I've learn

Memberi pada yang salah
hati akan terluka..
Memberi pada yang benar
at least mengajar kita utk bersabar.. :)

lamanya x update blog.. baru kluar dari zon emergency call..semoga bahagia.. pengajaran untuk hari ni..
what a right decision.. ^^,

congratz InvisibleIzzy..

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................

Friday, 27 December 2013

Kakak aku dah kahwin..^ ^,

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tak update.aku berada di luar kawasan hampir dua minggu..xda satu line pun..daebak..plus.
aku busy2 tahap xoxo bulan 12 ne.. dahlah stpm sampai 2 dec..ok..dah berlalu..

aku nak cerita kakak aku dah kawen..bulan 11 ari tu.. dan skang mak aku nak buat majlis lagi kat rumah plak..dia cakap simple2..dia cakap sikit2 ja..tapi apa yg aku nmpk skang macm majlis pertama ja..huhu.. memanglah orang tua kan.. samapai x boleh tidur.. anyway aku share gambar bulan 11 tu..tengok ye..

my sister dengan abang ipar aku.. ^^,

santik tak? pelamin somel je..

cupcake santik..hehe..

gambar tersantik...paling special kek diakan....hehe.. sapalah yg pilih..

Anyway tahniah akak dengan her husband..lusa 29 dec ne sanding lagi..tema hijau2 lah plak..hehe.. nant aku post pasal hari tu pulak.. k..skang tonnes of homework i need to settle..so..chow..c u.. semoga Allah merahmati anda semua..

Daaaaaaaaaaaaaaaa....

Monday, 30 September 2013

Bunga Citra Lestari - Karena Ku Cinta Kau with lyrics



Perjanjian itu tidak perlu..penjelasan itu tidak penting..cukuplah aku tahu...^ ^,

*Jiwang..:p

Saturday, 14 September 2013

Saya Mengaku...My Confession...

Assalamualaikum dan salam hari Malaysia...

Okay first of all.. Saya MENGAKU yang saya dah lama x update blog ne..
Saya MENGAKU yang saya tgh stress dengan timbunan masalah peribadi..
saya MENGAKU ketabahan buat masa sekarang amatlah goyah..


saya MENGAKU yang saya agak sibuk sekarang..huhu.. DANNNNNNNN.....
saya MENGAKU yang saya seorang pelajar PRA-UNIVERSITI...

Yup, rasanya saya tak pernah post pasal status pendidikan saya.. last saya post pun pasal saya nervous ngan keputusan SPM 2011..
Ya, saya MENGAKU keputusan SPM saya taklah daebak(hebat) mana.. setakat cukup2 makan.. huhu.. dan akhirnya saya skang adalah seorang daripada BADGE PERTAMA PRA-UNIVERSITI SISTEM MODULAR 2012/2013..pendek kata, skang saya upper six lah.. sebenarnya baru skang saya dapat terima kenyataan.. yup saya mengaku..saya memang x pernah nak masuk f6..yes, saya mengaku sy pernah pandang rendah dengan f6..ish2x..jahilnya saya..tulah orang bilang Qisas..huhu.. tapi takpalah skang saya dah faham bagaimana rasanya di sini hari ini.. bagaimana sakitnya.. bagaimana dipandang oleh masayarakat.. dan bagaimana membuak rasa cemburu pada  orang lain yg dah x bersekolah....

okay2..sudah2 pasal confession.. saya nak mula cerita pasal classmate saya plak..huhu.. Actually.. Actually.. Actually.. Actuallykan..hmm..
saya sebenarnya ambil jurusan SAINS..ya, aliran yg org jarang fkr untuk ambil bila masuk f6...gila tak? gila tak?.. atas sebab2 tertentu dan atas kecemburuan ini pada mereka yg telah pun masuk matrikulasi dan tengah sambung degree..saya mengambil keputusan untuk teruskan legasi yang saya pegang..ada hikmahnya kot..at least saya jumpa dengan amazing people..

nilah kitaorang badge Science stream f6 2012/2013..


TAPI....
TU DULU.. TIME SEM SATU

 
yang sya tutup tu dah bawa diri mengejar cita-cita yang lain.. gud luck..surry cover katun2..hhe..

Yup dulu kami 15 skang kami tinggal berbaki 10..sikitkan?.. memang pun sikit tapi sebenarnya kamilah badge science yang paling ramai ataupun paling berani MATI..haha..

meh aku (kata ganti nama ketiga) kenalkan satu2...
Dari belakang (kiri) : Azmie,Wong,Olsen,Jojoy,Dija,Arif
Barisan kedua(berdiri dari kiri) : Abot, Raislee,Fazlieyanti,Mr.Chak(guru kelas ajar kimia/physics) Ida,Nita Rosdy
Depan sekali: Beat, Aku,ngan fida..

Tapi entry kali aku x nak cakap pasal stress..just tiba2 nak cakap aku happy jumpa kamu semua.. walaupun maybe sekejap saja..tapi aku happy.. mungkin kita tak 'HIDUP' sangat tahun lalu sebab masalah2 kekecewaan masa lampau..haha..tapi kita sudah di sini..mau tidak mahu..kita perlu teruskan..Chayok!!..

Bagi yang sudah berada di landasan lain , 

Tibu (SPA8) : nanti sakit2 aku minta rawat ya fighting, tibu daebak..:3, 
Abot dan Nita(UPSI) : Nanti boleh jadi guru form6, ajar pelajar2 cam kita ^^,..bagi semangat..hehe..Chayok2..
Rosdy(Maktab) : Baju klas mungkin x jadi..haha.. tapi art ko daebak.. (Y)..
Dija(MATTA) :Beh, syg2 ko.. nanti aku naik kapal terbang yang ko selia..haha..See u soon..

Apapun
Selamat berjuang dengan diri sendiri!!!!

P/s: Aku menulis sebab bosan..sorry jiwang skit..haha.. Nanti aku nak post lagi..Daaaaaaaaaaaaaaaa......

>Be Cool<



Sunday, 21 July 2013

Jodoh??

Assalamualaikum..

okey..saya tahu sy kecik lagi..tapi just nak.cakap..x kiralah dgn siapa2 pun sy ditakdirkan nanti..xkiralah camna rupa dia..asal dia jujur..x tipu.. 100% trustable..huhu...

TAKOT..TAKOT...dunia2x... harap2 dtg bila dah betul2 sedia...tunggu... InsyaAllah..Amin....

>Cool Is The Best Policy<


(^^,)...

Wednesday, 10 July 2013

Gaduh!!

yg aku tgk manusia kot bukan meow..hhee..
Assalamualaikum..
Kemarin aku nmpak budak sekolah gaduh..kalau ikutkan nak kisah apakan.. ala biasalah tu budak sekolah gaduh.. tapi masalahnya dorg bergaduh sambil mencederakan penglihatan aku..( --'.)  macamnalah agaknya ya..haha.. xdalah sampai berdarah kot.. (Nauzubillahminzalik),, actually paling aku tak suka..dorang gaduh tepi jalan.. org yang kena tumbuk tu skit tepelanting kat jalan yg ada pelbagai jenis kenderaan termasuk lori angkat buah 10 tan (mungkin..huhu)...lepas tu bila dah reda kena settle oleh pakck guard..tup2..ada lah pulak mamat ne lari dari atas bukit..menyeberang tempat kita org tunggu bas.. lari2 trus tendg ntah sapa masuk longkang.. mengilalah keadaan..hmm..ni nak cakap sikit..

Kalau gaduh sekali pun..janganlah bahayakan nyawa..nanti di dunia menyesal..kat akhirat merana..sebab ambil tugas Tuhan..kan membunuh tu umpama mengambil tugas Allah..AstagfirullahAllazim ..Sebab mengikut firasat akulah kan.. mesti sebab pergaduhan tu kecik kan???.. kalau tak pasal awek pasal kena kutuk..ish2x..
Adik2..kalau aweklah kan.. bunga tu bukan sekuntum..nikan plak pasal kena kutuk.. taulah hati terluka tapi biarlah berpada2..jangan main2 dengan nyawa..sekolah lagikan..gelap masa depan kalau ada nyawa teragut..huhu..

Lain kali..kalau gaduh main baling pemdam ke..atau main tulis2 surat ke..macam dulu2...kan lebih selamat namanya.. mudah-mudahan xda apa2 serius.. :(....

P/S: lagipun kitakan nak menyambut ramadhan..at least bawalah bersabar..

                                                               >Selamat Berpuasa<
                                                                      >Be Cool<

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................................



Saturday, 6 July 2013

Okey tak Okey ne..hmm..

Salam.. just nak post yang Aku sedih..--...
Kurang tahu apa sebabnya.. tapi..yup..aku sedih..
yg x puas hatinya..aku sendiri yang menyedihkan diri sendiri..
sengaja tikam2 jantung sebab bosan..hehe..
Manusia memang perlu sedih kan sometimes..
takpa2..klau yg baca pun tgh sedih..kita nangis dalam hati ya..
Senyum..Senyum skit..hah..baru comel..Senyum satu sedekah.. ^^,
Apa aku membebel ne...????

Klah..yang penting..
SAYA OKEY SAYA DAH BESAR!!!!!!!!!!!!!!


Monday, 1 July 2013

I'm KING Of Followers




こんにちは, 안녕하세요 , Assalamualaikum.

Segmen ini dilancarkan oleh AtinVIP sendiri . Dimaklumkan bahawasanya segmen ini sudah pun bermula pada 1 Julai dan berakhir pada 31 Julai 2013 . Tujuan AtinVIP melancarkan segmen ini, bagi memudahkan kita semua beramah mesra bersama blogger-blogger lain yang mungkin kita tidak kenali tetapi ingin membaca kisah/diary kehidupan mereka.

Segmen ini juga dibuat kerana ingin melihat sejauh mana kerajinan kita untuk melawat/blogwalking blogger-blogger lain . Oleh kerana itu , AtinVIP akan menaikkan pangkat anda sebagai " I'm KING Of Followers " kerana anda telah melaksanakan kewajipan anda sebagai blogger.

Jika itu yang anda mahukan menjadi 'KING of follower' . Jom sertai segmen yang AtinVIP lancarkan.


Syarat-syaratnya :

1.  Warganegara Malaysia.
2.  Wajib follow blog AtinVIP , Atiqah , Intan. dan LIKE fanpage di bawah ini : 
     
3.  Buat entry bertajuk Segmen " I'm KING Of Followers "
4.  Copy coding entry yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry.
5.  Tinggalkan URL entry anda ke dalam ruangan komen entry ini.


Pemilihan pemenang dan jenis hadiah: 

1. Melihat jumlah follow blogwalking comment yang paling tertinggi akan memenangi topup RM20
2. Pemenang tempat ke-2 dan 3 akan menangi topup RM10.
3. Manakala tempat ke-4 dan 5 akan menangi topup RM5.
4. 2 pemenang saguhati akan dapat header percuma.
5. 8 pemenang saguhati akan dapat cursor percuma.
6. 5 pemenang saguhati , blognya akan direview.

*Jumlah kesemua pendapatan adalah 20. AtinVIP ingin mencari seramai 20 pemenang bertuah.

#___# Takkan tengok je? Jomlah Join!!!

Sunday, 30 June 2013

Segmen Jom Berkenalan Bersama Blogger

Klik sini kalau nak join..

Assalamualaikum..jom ikut segmen ne.. ^^,

Nama sebenar : Siti Nurizzah Juahari
Tarikh lahir : 18 Mei 1994
Cita-cita : Saintis (yg kaji makanan halal ke tak..InsyaAllah)
Hobi : Mengkhayal..(hehe)
warna kegemaran : BIRU (of course)
benda yang paling disayangi : Apa2 yang dibeli dengan duit sendiri (especially yg warna biru..)
tujuan berblog : Xda sebab tertentu..sekadar ingin menaip..di samping lari dari realiti..:P


Saturday, 29 June 2013

Segmen:Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K

Assalamualaikum..mari ikut segmen ne..(follower: 61)


Fairytale

Assalamualaikum..
Post..nak post sesuatu.. fairytale?..apakah?.. actually aku nak cakap yang hidup ne bukan FAIRYTALE.. yelah macm cerita Cinderella.. miskin2 dapat kawin putera.. cerita snow white, jumpa 7 orang stranger kena jaga.. pastu kawin putera..atau cerita puteri beradu... tidur 100 tahun masih ada org suka..hehe..
yup..semua tu cerita tipu tapi cerita macam tulah org selalu harap jadi realiti..hmm..especially perempuan..kan..kan..kan.. (jgn tipu!)..hehe..  apa yang berlaku di dunia telah disusun sebaik-baiknya tapi terpulang pada setiap individu macamana nak jalani.. xda guna berharap pada sesuatu yang amat mustahil untuk terjadi.. sebab kita kemungkinan besar akan terlampau bergantung ngan cerita macam tu sampai2 lupa utk berusaha..last2 menyesal sendiri.. :'(... cuaca pun tak selalu indah kan??.. x selamanya cerah... okay2..better berdiri kalau tengah duduk.. berjalan kalau tengah berdiri..berlari kalau tengah berjalan..pergi kejar..kejar semuanya selagi masih mampu..jgn duduk dan mengkhayal....anda boleh!!!

p/s : x faham?? sory melalut.. ^^,

Segmen Team Follow Back Tanpa Blogwalking by Fafakyraa


klik sini untuk join..:)

jumlah follower: 62
blog id : =5700808097356319185#

Sunday, 23 June 2013

Cinta si kura-kura!!

Assalamualaikum..
nampak tak blog aku.nampak tak...haha.. hari ne teringin taip tentang kura-kura...huhu.. yup...Aku dah ada kura-kura!!!.. Siapa yg ada binatang peliharaan angkat tangan..huhu..(mcm nmpk kan)...
Adakah aku pencinta binatang..erm..mungkin..dulu Anne (kakk) pelihara hamster..takut @ geli..haha.. lagipun haiwan tersebut sgt2 dan tersangat2 cergas.. jadi aku ne penakut..huhu dan akhirnya dua ekor hamster tersebut telahpun menemui ajal.. ..
******************************************************************************
 tetiba di suatu pagi ada creatures yang telah dtg ke rumahku (ataupun rumah mamaku --'.).. sebenarnya dorang x datang sendiri dorang naik kreta.., erm..mungkin bukan pandu tapi NAIK..haha..klah...dan ini adalah mereka!!!
tadaa..ini apeng dan ija.. (erm sempena nama aku dan adk aku ..xda idea :P)


okey-okey..tadi nama perempuan..apa ne..apa ne..haha

Ok jgn pening2..aku memang tak tau mana satu jantan atau betina.. gambar di atas adalah rekaan semata-mata..bolehlah dikatakan tanpa kerelaan empunya badan..hehe..

Adik aku apeng dengan c apeng kura-kura..haha..
erm..aku dgn ija?.. ala xda..sebab ija tu garang sgt copy paste akukan.kan nama sama...ija agresif skit..asyik mengamuk (mcm pandai ckp)..haha..
ok..pada sesiapa yg ada binatang peliharaan atau binatang buas atau apa jua jenis binatang.. sayangilah haiwan..hargai ekosistem (ok xda kaitan )..huhu..
Chow dulu..Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...................

>Be Cool<



Saturday, 22 June 2013

Siblings photo edit.. (^ ^,)

Adik beradik saya semua perempuan.. (^^,)

Assalamualaikum..saya baru ada photobucket.. baru belajar edit2x..buruk kan..buruk kan..hehe..

p/s : I love my sibling <3 <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...