hoping!!

Sunday, 14 January 2018

Hello 2018

Hi Invisible friends,

This is my first post after 4 years..haha..

will be update about my pending journey soon..:)

Saturday, 31 May 2014

BIRU (Cerpen)

Aku menatap satu persatu status baru rakan-rakan di facebook. Hatiku tertarik untuk membaca lebih lanjut status milik seorang rakan lama, Kamil. Ya, Kamil rakan sekolahku ketika Pra-Universiti dulu. Terus terang, memang ada suatu perasaan jauh tersimpan untuknya. Namun, aku kurang pasti perasaan apa. Dia hadir ketika aku berjuang demi masa depan.

"Qiz!" Kamil memanggil. Aku terkejut lalu memberhentikan langkahku menuju kantin."Qiz, saya nak cakap kejap boleh?". Aku mengangguk setuju lantas duduk di sebuah kerusi panjang berhadapan dengan koperasi. Kamil ikut duduk. "Cakaplah". kataku ringkas. "Qiz, sebenarnya saya..saya sebenarnya". Aku bingung dan perutku mulai berkeroncong. Wajahku jelas menunjukkan aku kurang senang. "Saya sebenarnya suka awak, Qiz. Takkan awak tak sedar". Sekiranya jantung itu zahir sifatnya, pasti aku malu. Degupannya hampir sama seperti degupan seorang pelari Olimpik. Aku bergegar, tingkahku mulai tampak aneh, namun, aku kawal sebaiknya. "Apa?" Soalku menutup gemuruh. "Ya Qiz, saya selesa dengan awak, awak baik..awak rajin". ungkapnya sepenuh perasaan. Wajahku mulai panas, aku pantas berdiri dan bergegas ke kantin. Kamil tidak mengejar.Aku pasti dia bingung. Bukannya maksudku untuk tidak menjawab atau marah. Namun, lidahku kelu, tindakan ku spontan. Aku tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Janjiku pada diri tiada hubungan istimewa ketika sedang belajar. Aku akui, sejak hari pertama aku mendaftar masuk ke sekolah ini sebagai seorang pelajar Pra-Universiti, dia memang terlebih dahulu berjaya menarik perhatianku. Kamil pelajar pintar malah sangat terkenal di sekolah itu. Atas dasar alasan itu serta prinsip yang aku pegang, aku kuburkan perasaan yang ku kira hanya bisikan syaitan. Dan bila ia sudah hampir mati begini, keadaan nampaknya semakin menghimpit dengan luahan perasaan kamil. 

Sejak hari itu, aku mula mengelak daripada bertembung dengan Kamil. Surat, hadiah dan pesanan melalui rakannya aku simpan. Ya, aku simpan. Keadaan itu berterusan sehinggalah peperiksaan besar menjelang. Kami tidak lagi bertegur seperti biasa. Malah aku tidak selesa. Di luar bilik peperiksaan, aku khusyuk membaca buku Makroekonomi. Ini subjek terakhir sebelum aku menamatkan zaman persekolahanku. Tiba-tiba Kamil duduk di sebelahku. Aku buat-buat selamba sambil memegang buku. "Awak mengelak dari sayakan?" katanya membuka bicara. Aku tersenyum dan menggeleng. " Qiz, saya cuma nak tanya, hari ni hari terakhir peperiksaan, lepas ni kita mesti tidak jumpa lagi, kan?" Ujarnya. "Jadi?" meluncur laju perkataan tersebut dari bibirku. Bunyinya sedikit kasar dan tidak terkawal. "Jadi, bagaimana dengan kita?" Soalnya. Dahiku mulai berkerut, entah mengapa emosiku tidak stabil hari itu. Mungkin sebab aku gemuruh dengan subjek yang bakal ku duduki. "Jadi apa? Kamil, sekejap lagi peperiksaan, boleh tak kita jangan bincang pasal ne!" Kekasaranku mulai terserlah. Aku menyesal tapi sudah terlambat.Pengawas peperiksaan memanggil masuk. Dan itulah kali terakhir kami berkomunikasi.

Aku tersedar dari lamunanku. "Maaf Kamil". Getus hati kecilku. Bukan maksudku berlaku kasar, Namun masa tersebut sungguh tidak sesuai. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu memiliki perhubungan masa lalu. Ibu bapaku bercerai sejak kecil dan orang dari masa lalulah puncanya. Malah aku percaya pada jodoh. Pasti yang sebenar akan datang tepat pada masanya.

Dalam masa beberapa bulan lagi, aku bakal menyambung pengajianku di peringkat ijazah. Aku tidak boleh lalai. Ini bersangkut paut dengan masa depan.

"Qiz!" Ibu memanggil. Aku bergegas turun ke tingkat bawah. " Kenapa mak?" soalku. "Pergi bersiap, malam ni kita nak ke dewan, anak sepupu mak kahwin". Jelas ibu. Aku menurut. Selesai mandi, aku memakai maxi dress panjang berwarna pic berbunga ungu. Shawl ungu tua aku lilitkan di kepala. Aku lengkapkan dengan sehelai kot panjang untuk menutup lengan. Entah mengapa hari ni aku tidak berminat memakai baju biru. Kebiasaannya aku keluar dengan pakaian biru dari tudung sehinggalah kasut. Biru memang warna kegemaranku. Boleh dikatakan aku peminat tegar. Tapi hari ini, aku pilih ungu. 

Kereta meluncur laju. Kami tiba awal sebelum majlis resepsi bermula. Suasana dewan amat tenang, cantik dan ekslusif. 15 meja bulat berbalut kain satin putih disusun rapi di sekitar dewan. Oleh kerana tetamu belum ramai, kami bebas memilih meja untuk duduk. Meja tengah menjadi pilihan tidaklah tampak keterlaluan nanti. Aku berbual-bual dengan adikku yang baru berusia 8 tahun.
Tetamu beransur datang. Tiba-tiba, seorang makcik duduk di meja kami.Kami senyum lagipun memang tempat itu kosong. Dia melambai-lambai tangannya. Seorang pakcik dengan budak lelaki sebaya adikku turut menyertai kami. Mereka tidak berbicara. Hanya duduk. Keadaan menjadi janggal. Aku duduk tegak sambil memerhati budak lelaki tadi. Dia lengkap berbaju selangor biru sambil memegang PSP yang juga berwarna biru. "Wah, comelnya budak ni, pakai serba biru pula tu". Bisik hati kecilku. Aku mengusik adikku dengan pandangan mengejek. Dia marah. Aku tertanya-tanya siapa mereka sekeluarga. Lengkap dengan pakaian serba biru pula tu. Aku cemburu. 

Bunyi audio mulai bergema. Alunan selawat ke atas nabi diputarkan. Setiap mata tertumpu pada pengantin sejoli berbusana warna merah hati yang berarak masuk. Di belakang pengantin, kelihatan pegapit perempuan berbaju kebaya biru, begitu juga jurukamera. Pengantin terus berjalan sehingga ke pentas. Namun pengapit dan jurukamera tadi menyimpang lalu berdiri di sekitar meja kami. Aku hairan. Mereka mula berbual dengan makcik dan pakcik tadi dengan loghat yang sukar untuk aku mengerti. " Eh, Kita keluarga pengantin ya?" Ibu memulai bicara. " Ya, Saya emak pengantin lelaki, kami sekeluarga dari Sarawak". Jawabnya. Hah? terkejut aku dalam hati. Keluarga pengantin? lalu mengapa duduk semeja kami, di kawasan tengah pula tu.Yalah, kebiasaannya keluarga pengantin kan duduk di meja depan. Mungkin mereka segan agaknya. cetusan hatiku tidak terluah. Aku hanya diam sambil menjamu makanan. Ibu mulai berbual rancak dengan makcik tadi. Rupanya mereka dari Sarawak dan baru sampai tadi. Cuma mereka 7 sekeluarga datang. Tiket mahal katanya. Sambil makan aku mengira-gira. Hmm, baru 6 orang termasuk pengantin. Mana lagi satu?

Mataku melilau mencari jawapan.  Seorang lelaki lengkap berbaju selangor biru dengan rambut bersikat tepi menuju ke arah kami. Aku terpaku. Ibarat berada dalam mimpi, wajahnya bercahaya. Lebih-lebih lagi bukan bajunya sahaja biru, malah kasut dan jam tangannya juga sedondon. Dia berdiri tepat di sebelah kerusi ibunya bertentangan dengan aku. Makcik tadi mulai memperkenalkan satu persatu anaknya kepada ibuku. Lengkap dengan umur dan tempat belajar. Detail sungguh. Mukaku mulai panas. Yalah, seorang lelaki berbaju serba biru kini betul-betul berdiri bertentangan dengan aku. Aku memang sering bergurau dengan rakan-rakanku, kononnya lelaki idamanku wajib datang berpakaian biru dan aku tidak sangka ianya boleh pula berlaku. Aku pura-pura selamba sambil curi-curi mengangkat kepala. Umpama renjatan elektrik, mata kami bertembung. Aku pantas tertunduk malu. "Duduklah".Ujar ibunya. Ku lihat semua kerusi yang mengelilingi meja sudah penuh. Oh tidak, kerusi sebelahku kosong! Maksud Ibunya..."Duduk sini". Sambung makcik tadi sambil menunjuk kerusi di sebelahku.. Aduh! degupan jantung ku tambah pantas. Dia kemudian duduk benar-benar di sebelahku. Bagaimanalah aku hendak makan jika begini. Kerlipan lampu kamera memancar. Aku mendongak. Jurukamera yang juga adik-beradik pengantin mengambil gambar kami semeja.  "Bagus". Getus hatiku. Gambar itu nanti akan ada 'orang asing' yang 'menyibuk'. Keluarga pengantin perempuan mulai bergilir-gilir datang memujuk keluarga pengantin lelaki untuk duduk di meja VVIP di barisan hadapan.Namun, mereka menolak dan berkeras untuk terus duduk semeja kami. Keadaan beransur tidak selesa. Selesai makan, oleh kerana tidak senang dengan keadaan itu, ibu mengambil keputusan untuk pulang. Kami mulai bersalaman dengan mereka sekeluarga dan meminta diri. Sementara mereka akhirnya bersetuju untuk berpindah ke hadapan. Pertemuan singkat yang aneh.

Hari demi hari berlalu, akhirnya tiba masa untuk aku mendaftar sebagai seorang pelajar Ijazah Ekonomi di UITM. Selesai taklimat, aku ke bilikku. Setiap bilik dikhaskan untuk dua orang pelajar sahaja. Rakan sebilikku namanya Lia, orang Sarawak. Dia setahun lebih muda lantaran dia lepasan matrikulasi. Hubungan kami menjadi semakin rapat setelah beberapa lama. Kami makan bersama, jalan ke kota bersama dan sering bertukar-tukar cerita. Lia selalu bercerita tentang keluarganya. Keluarganya mengikut cerita sangat bahagia. Tidak seperti aku. Sampailah suatu hari kami berbual-bual tentang tempat asal masing-masing. "Eh, awak orang sana rupanya!" Kata Lia terkejut, bila aku sebutkan tempat asalku. "Ya, kenapa awak terkejut?" balasku. "Abang saya kahwin di sana dulu, kebetulan kan?". Aku diam sambil tersenyum. Ya, mungkin kebetulan.

Perbualan itu mati di situ dan hari-hari pantas berjalan seperti biasanya. Sehinggalah selepas cuti semester tahun akhir pengajian. " Qiz, awak tahu, hari tu masa cuti, abang saya nampak gambar kita dua dalam telefon, dia cakap dia kenal awak".Kata-kata Lia buat aku terkejut. "Eh, siapa namanya?" Saya rasa saya tiada kawan dari Sarawak selain awak, mungkin dia silap orang agaknya". Jelasku. "Nazim, kenal?" Aku menggeleng. Ya, nama itu asing. Tiada rakanku namanya Nazim. Bunyi dering telefon Lia berbunyi. "ok, kejap". Lia mematikan talian. "Qiz, temankan saya ambil barang di parkir kejap, boleh?" Aku mengangguk. Tudung ku sarung dan aku mengikut Lia ke parkir kereta. Aku duduk di hujung kantin sambil memerhati Lia menuju ke kereta jenama Perodua myvi berwana biru. Aku segan. Candy crush aku main dengan khusyuk sementara menunggu Lia. Tiba-tiba Lia memanggil. "Qiz!" jeritnya. Aku memandang ke arahnya. Seorang lelaki lengkap berkemeja biru berpetak-petak keluar dari kereta. Aku kaku. Lia dan lelaki itu menuju ke arah aku. "Qiz, kenalkan, abang saya, Nazim". Ibarat buah cempedak jatuh dari pokok begitulah jantungku hampir gugur dari tempatnya. Lelaki itu senyum. "awak masih ingat saya?" katanya. "Yalah Qiz, patutlah saya macam pernah nampak awak, awaklah yang duduk semeja dengan kami masa majlis abang saya kan?"Suara Lia sayup-sayup ku dengar. Ya, itu dia...Dia yang lengkap dengan selangor, kasut dan jam tangan biru yang aku sangka mimpi.. Jadi mungkin inilah yang orang katakan JODOH dan ia datang tepat pada masanya. 

Nukilan: Izzy

Pesanan: Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Sebarang persamaan hanya kebetulan.. kebetulan? Ya. KEBETULAN....^^,

Friday, 30 May 2014

.....

Assalamualaikum...

Just want to say...
I'm starting over somewhere...Coming soon...

Gudluck me...^^,

Thursday, 22 May 2014

me..

People said opportunity only come once..
but for me it always come..
but I let them go as I have tonnes...
Now there's only one..so why not grab it and try...

gudluck izzy..^^,

Saturday, 15 February 2014

Me and my pets..

Assalamualaikum

hoho..lama tak update..
 sbelum ne aku ada post pasal my first pet kan?..
nilah kura-kura!.
tapi...tapi..bad news2..dua-dua ekor dah pun mati..x tahu sgt sebab dorg mati..maybe tekanan kot..hoho.. mula2 satu mati..tiba2 yg satu lagi langsung x mau makan..Betullah kata orang semua benda di dunia perlu temankan..bayangkanlah kalau kita hidup di dunia ni sendirian, mesti kita boleh 'mati'  kebosanan..Alhamdullilah..nasib baik dunia ni ada 700 000 000 spesies homosapiens kan?..hehe..

 Dan sebenarnya banyak ayat-ayat Al-Quran hurai pasal ni.. 
((...Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasang.)(SurahAl-Ra'd: 3)

(( Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasang ))
(Surah Adz-Dzaariyaat : 49)


So, bersyukurlah jadi makhluk Allah kan..Hebat Allah cipta kita dengan sangat detail..lengkap dengan perasaan kasih sayang dan rasa ingin dikasihi..  kura2 aku ni ajar aku banyak perkara tentang menghargai orang di sekeliling.. ^ ^,

Lepas tu, aku xda lah tanggungjawab dah..sampailah satu hari, aku pergi lawat rumah sepupu aku.. sebenarnya aku ni bukan responsible sangat orangnya.. boleh cakap agak selfish..hoho..so, aku bukan 'fan' sangat dengan haiwan peliharaan even kucing.. Tapi tiba2 hari tu aku ternampak sesuatu yg tarik perhatian aku...ada kucing kecik menggigil dekat tangki sekolah ( rumah sepupu aku dekat dgn sekolah)... Cerita2 punya cerita, dorang tu pelihara kucing..sihat2 yang amat..hoho..

sihat habiskan..makan friskies kot..hehe
pastu tiba2 tebuka pula topik nak kucing..pakck aku terus offer nak carikan.. turun dari rumah..seminit kemudian dah ada kucing..kucing yg aku nampak di tepi tangki tadi..pakck aku ckp ada org buang.. kesian kecik2 kena berdikari..tapi at  least kucingkan..daripada mereka yang buang anak tu.. Astagfirullah..Nauzubillahminzalik.. akhirnya aku official jadi tuan kepada seekor kucing yg aku namakan KABUSANG..maksud dia..nama sekolah kat situ..Sk Kabulu..lepas tu dia di Buang tapi dah ada yg Sayang..hehe..kreatif tak..
comel tak? daun tu aku yg letak..bukan gugur..aha..
ni lagi..
kyeopta ja dia main2 tali rafia...
Tapi actually..dia dah hilang..dia dah x ada.. dah mula aku sayang..aku belai.. dia tiba2 tak pulang..Dia pernah jalan2 tapi selalu dia balik..terus mengiau lepas tu minta angkat.. tapi tiba2 dia x balik sung...hoho..mengaku yg aku nangis.. gara2 kucing pun kita boleh nangiskan..hmm..betapa lemahnya hati seorang manusia..  Aku rindu sangat dengan dia..kabusang x banyak songeh..x banyak mengiau..dia selalu buat aku senyum..kalau malam2 nak tau dia tidur kat mana?
dia tidur atas adikku..
walaupun dia terhimpit banyak2 kali..dia tetap cuba.. sampai satu hari tu..dia macam marah..dia gigit olok2 jari adik aku sebab dia terhimpit..comelkan..hoho..
tapi xpalah mudah2an dia jumpa kehidupan yg lebih baik di luar sana..pintu sentiasa terbuka utk dia..maybe attitude aku sendiri yg x padan ada haiwan peiharaan.. :')..oklah,..Daaaaaa,,Assalamualaikum..

p/s:Kabusang I miss you..








Friday, 31 January 2014

What I've learn

Memberi pada yang salah
hati akan terluka..
Memberi pada yang benar
at least mengajar kita utk bersabar.. :)

lamanya x update blog.. baru kluar dari zon emergency call..semoga bahagia.. pengajaran untuk hari ni..
what a right decision.. ^^,

congratz InvisibleIzzy..

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................

Friday, 27 December 2013

Kakak aku dah kahwin..^ ^,

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tak update.aku berada di luar kawasan hampir dua minggu..xda satu line pun..daebak..plus.
aku busy2 tahap xoxo bulan 12 ne.. dahlah stpm sampai 2 dec..ok..dah berlalu..

aku nak cerita kakak aku dah kawen..bulan 11 ari tu.. dan skang mak aku nak buat majlis lagi kat rumah plak..dia cakap simple2..dia cakap sikit2 ja..tapi apa yg aku nmpk skang macm majlis pertama ja..huhu.. memanglah orang tua kan.. samapai x boleh tidur.. anyway aku share gambar bulan 11 tu..tengok ye..

my sister dengan abang ipar aku.. ^^,

santik tak? pelamin somel je..

cupcake santik..hehe..

gambar tersantik...paling special kek diakan....hehe.. sapalah yg pilih..

Anyway tahniah akak dengan her husband..lusa 29 dec ne sanding lagi..tema hijau2 lah plak..hehe.. nant aku post pasal hari tu pulak.. k..skang tonnes of homework i need to settle..so..chow..c u.. semoga Allah merahmati anda semua..

Daaaaaaaaaaaaaaaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...