hoping!!

Friday 15 June 2012

Zaman Keanakan telah berlalu,Zaman Kedewasaan bakal menjengah..

Assalamualaikum.W.b.t

Kalau dilihat dalam dunia ini, manusia banyak perbezaan.. ada putih, ada hitam, ada di jalan lurus, ada di jalan bengkang-bengkok..ada comel, ada matang...
 Tapi walau siapapun 'DIA'(manusia) itu di dunia ini..samada majistret atau lawyer.. penyanyi atau pelakon..mahupun guru atau pelajar.. Mereka pernah dan akan melepaskan zaman keanakan...tapi manusia sering tersilap dalam berfikir..Sewaktu masih anak-anak, kita semua fikir secara mudah.. kalau hendak makan disuapkan, kalau hendak ke sekolah dsiapkan, kalau tidak tahu diajarkan..mahu buku,dibelikan..mahu duit diberikan..kesimpulannya, semua, ada orang yang bantu.. tidak perlu fikir apa..

CONTOHNYA..-TENTANG CITA-CITA-
Fikiran waktu anak-anak..
'Saya rasa saya nak jadi doktor'.

Fikiran bila dewasa..
'Nak jadi doktor?..macamana ya..bolehkah ni.. berapa gajinya nanti ya.. macmna caranya.. penatkah ya.. mesti sibuk..ada masakah.. saya mampu belajarkah..hmm..

fikiran manusia semakin menjadi rumit..dan memikirkan sesuatu terlalu dalam meskipun hal yang remeh sekalipun diambil peduli dan menjadi berat..

CONTOHNYA...-TENTANG BILA DAPAT HADIAH-
Fikiran waktu anak-anak..
'wow, terima kasih'.

Fikiran bila dewasa..
erm,tapi ne siapa bagi, sebab apa ya.. mahal tak.. apa dalam ne..

Semakin aku membesar aku semakin mengerti ertinya hidup..nampaknya hidup bukan semudah yang kita sangka..tapi bagaimana pun kita cuba menjadi matang dan berfikir jauh saat kita masih kanak-kanak,kita masih tidak mampu mengaplikasikannya dalam kehidupan dan situasi sebenar tetap samar kerana kita belum melaluinya.. lalu banyak yang menganggap hidup ini terlalu mudah untuk dilalui.. dan tidak mahu belajar 'MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI'..hakikatnya..perkara inilah yang paling penting perlu berlaku dalam hidup kita.. kita perlu bagaimana rasanya 'SUSAH'..kalau difikir2kan..ramai yang berjaya adalah dari kalangan yang semmangnya sudah SUSAH sejak kecil..itulah mereka berjaya, kerana ada pendorong yang kuat..mereka sudah tahu bagaimana nasib apabila tidak belajar..mereka sudah tahu apa akan berlaku jika mereka malas.. mereka takut memiliki nasib yang sama.. tapi lain bagi mereka yang SENANG sejak kecil..mereka menganggap..mereka akan mendapat semua yang mereka mahu.. mereka rasa mereka akan mewarisi kekayaan keluarga..akan mewarisi kehidupan yang bahagia..tapi tanggapan tu salah sebenarnya.. Kerana setiap orang yang hidup di dunia punya nasib aliran hidup yang berbeza.. cuba fikir kalau semua manusia menjadi doktor..siapa pesakit.. kalau semua menjadi polis siapa jadi penjenayah..kalau semua menjadi guru siapa jadi pensyarah.. kalau semua pengawas siapa pelajar biasa..


Jadi nukilan ini hanyalah satu perkongsian dari aku yang masih cetek pasal dunia..tapi yang pasti aku sudah melaluinya..ingat bagi mereka yang masih muda..mungkin lebih muda dari aku..

HIDUP YANG KAMU LIHAT SEKARANG BUKAN DUNIA SEBENAR,
IA ADALAH ZON SELAMAT UNTUK KAMU BERFIKIR
 DIMANA KAMU MENYANGKA IANYA SATU PENYIKSAAN.
SEBENARNYA IA KUNCI ALAM KEDEWASAAN..
LALUI DENGAN BAIK MAKA BAIKLAH MASA DEPAN..
LALUI IA DENGAN SELAMBA MUNGKIN KAMU BAKAL TERMENGAH2..
JADI HARGAILAH HIDUP DENGAN MENGHARGAI SETIAP DETIK YANG BERLALU..
DAN JANGAN HINA HIDUP ATAU LALUAN ORANG LAIN..
SEBAB MASA DEPAN KAMU JUGA TIDAK JELAS..INGAT

KARMA ITU WUJUD!!!!!!


Sekadar sebuah perkongsian dari insan yang serba kekurangan.. ingat hidup cuma sekali so kita enjoy!! tapi kalau belum bergaji dan bekerja.. remaja cuma sekali so kita belajar!!..haha..

Thursday 17 May 2012

Pisah!! Bawa Bahagia Atau Sengsara??

Pisah itu tidak seronok tapi sakit..:(


Assalamualaikum W.b.t

Malam ne aku mau beremosi sikit..so, pada siapa2 yang nak termuntah bolehlah tekan pangkah...Tapi ini bukan kisah CINTA..Ini soal KASIH SAYANG..hmm..

Aku ingin berkongsi suatu kisah..kisah yang samada realiti atau rekaan..sesuatu yang tidak pasti..sesuatu yang remeh pada pandangan orang lain.. tapi tidak pada aku..Dan Jujur Ia adalah suatu pandangan yang sudah lama aku pendamkan dan tak tersuarakan.. dan..

KISAHNYA LEBIH KURANG BEGINI.......

Air mata Balqis tumpah lagi malam itu.. tingkap bilik dibukanya luas..Dia tidak tahan dengan peristiwa dan kekeliruan yang dia alami.. Sakit..ya..itu saja perasaan yang ada tika ini..Jauh dia termenung melihat bintang-bintang di langit, menungan yang disertai dengan air matanya yang bercucuran..menungan yang diiringi dengan kekesalan yang tidak sepatutnya dia sesalkan..malah bukan kesalahannya sama sekali..tapi itulah yang terjadi..Balqis keliru, Balqis bingung,Balqis tidak tahu apa yang harus dia lakukan..Balqis!!hmm..Entahlah..
Sebenarnya Balqis cengeng..ya..benar dia cengeng,sensitif,pasif.. di saat orang lain menyangka dia gadis yang PERIANG..dia penuh dengan KESEDIHAN..ketika orang lain menyangka dia TABAH..dia sangat penuh dengan PENYESALAN..dan pabila orang lain menyangka dia berasal dari sebuah keluarga yang BAHAGIA PENUH KEBENARAN dia sebenarnya berada dalam sebuah keluarga yang DERITA PENUH KEPALSUAN.. itulah kebenaran yang pahit yang harus dia telan..tapi syukurlah dia bukan bersendirian..dia punya saudara untuk berkongsi, dia punya teman yang memahami dan paling penting dai punya  TUHAN yang sentiasa mendengar..




Tersepit itu rumit..


Malam itu dia terpaksa berfikir lagi.. soal sesuatu yang tidak dapat dia pastikan..yang tidak dapat dia putuskan.. Tersekat dalam keluarga tiga segi amat rumit..rumit dari segala apapun.. soal wang, soal pengajian,soal perasaan..bahkan sampai harus duduk dengan siapa..itu juga bisa menjadi rumit bagi dia.. Balqis tidak suka memilih tapi itulah yang harus dia hadapi.. sedang memilih baju yang harus dipakai atau makanan yang harus dimakn pun menjadi masalah buatnya..apa lagi ini..ya, masalah ini.. bagaimana hars dia memilih..dia cuma gadis kecil yang masih keliru bahkan belum mempunyai masa depan sama sekali..hmm..tidak kah mereka terfikir bagaimana keadaannya??..mungkin mereka sibuk mengurus hidup baru yang mereka bina..tapi kalau begitu bagaimana dengan kisah lalu?? adakah benci harus berketurunan adakah dendam perlu berterusan..terus mengapa harus yang tidak bersalah dan tiada kaitan dipersalahkan??
kasihan.. Saat teman2 sudah pun berfikir tentang penempatan melanjutkan pengajian buat masa depan.. Balqis masih di situ..kaku seperti batu..kaku dan layu..


kalo pokok itu ada masalah mungkin akarnya kekurangan air..jadi siramlah..:)


Dia tahu..sangat tahu yang dia harus memilih..tapi apa yang harus dipilih? apa? siapa yang dapat memberitahu apa yang sedang berlaku pada dia.. tiada siapa..kakak?? hmm, sudahlah..kakak Balqis juga penuh kekeliruan yang menimbulkan masalah dalam dirinya.. memecil diri dan rasa terasing, kurang yakin dan sangat beremosi.. Malah dia lebih payah kerana harus mengurus hidup belianya yang sepatutnya diisi dengan pencarian pengalaman buat diri sendiri ditambah harus mengurus kehidupan Balqis dan yang lainnya.. Dia terlebih tabah jika dibandingkan Balqis..Dia terlalu perit berbandng Balqis..Dia adalah wanita yang dikagumi Balqis..Biar dia tidak menunjukkan kesengsaraan itu..Balqis tahu dia sakit..sakit hati..cuma harap2 dendam itu tidak berpanjangan..

Tapi Balqis baru remaja kecil..remaja yang belum tahu erti hidup..remaja yang hanya tahu bersuka ria.. Sekarang dia berdepan dengan pilihan yang tiada.. memilih antara kakak, ibu atau ayah??

Tapi memilih apa??? dia masih keliru..(dan orang yang mebaca juga keliru..apa ni..hehe)..yang nyata dia tersepit dalam laluan hidup yang sempit dan rumit..yang telah membuatnya takut pada perhubungan..apa2 juga berkaitan KASIH SAYANG..karna dia tidak merasainya..dia tidak tahu maksudnya.. Mana mereka tatkala dia berendam air mata seperti hari ini..Mna mereka  tatkala dia menangis dalam tadika kerna dibuli suatu ketika dulu.. Mana mereka saat dia memegang segulung sijil setiap kali di pentas sekolah..Mna mereka  
waktu dia berdepan dengan marah guru soal markah periksa?? adakah mereka tahu?? itu sukar dipastikan.. yang penting mereka tiada di situ.. mereka tiada saat dia bersedih atau gembira..hubungan tidak lebih dari soal wang dan keperluan asasi..

To be continued..(kalo ada mood)


Pandanglah langit jika kau bersediih..InsyaAllah kau lebih tenang kerna pasti ada yang mendgar rintihamu..



Yang pasti pandangan jujur dari aku..BERPISAH ITU SAKIT DAN MENYAKITKAN..TAPI LAGI SAKIT JIKA TIDAK BERLAKU...bagi mereka yang bercadang melakukannya..lakukanlah jika itu yang tebaik tapi jagnlah dilibatkan mereka yang tidak bersalah..dan bagi mereka yang berada dalam keadaan ini..bersabarlah..mungkin Allah sedang mengujimu..mungkin Allah rindu luahan perasaanmu..mungkin Allah ingin memberi ganjaran nanti atas ketabahanmu..Dan jika kamu membaca ini.. maka ini coretan khas buatmu..Coretan ikhlas dari seseorang yang mungkin tidak kamu kenali tapi mungkin memahami masalah yang sedang kamu alami..Aku mendoakanmu.. Sabar ya!!


hidupmu mungkin seperti cinderella..derita kemudian bahagia..:)

InsyaAllah..Wassalam..

Monday 7 May 2012

Sehari Semalam Di Sekolah Rendah

Assalamualaikum..^ ^,

dapat dari google..bukan aku yg tulis tau..


Hari ni aku nak kongsi pasal pengalaman yang aku lalui sehari yang lepas..masa ari jumaat aritu aku pegi camping di sekolah ibunda..hehe.. mau dijadikan cerita actually aku terpaksa sebenarnya.. disebabkan jarak sekolah tersebut jauh sangat dari tempat tinggal yang sangat baru ni..mama risau sangat tuk tinggalkan aku,kak anne dan apeng di rumah..(padahal dah tua dah pun..haha) tapi maybe btul juga kami kan perempuan..bahaya tinggal sendirian tanpa orang dewasa.(^^,) .lagipun rumah kami ada tanda2 pernah 'dimasuki'..mama pun pernah dengar orang berbual2 di luar rumah tengah2 malam pasal perncangan tuk curi motor rosak luar rumah..hmm..aku dan kak anne pun ada dengar kunci pintu pagar berbunyi..mungkin ada hikmah juga keterpaksaaan aku tu..

Berbalik pada tajuk...

Mama mengajar di sebuah sekolah jauh dari perbandaran.. ambil masa 40 minit juga tuk sampai.. sekolah tu kecik.. ada tiga deret bangunan satu tingkat..bgnan tadika,tahap dua dan tahap satu yang kongsi dengan bilik guru..cikgu di situ pun sikit sangat tak sampai 20 orang.. Jadi kami sekeluarga menginap di perpustakaan sekolah.. bestlah jugak..at least ada air-cond..hehe..pastu sampai ja sana..Anne buat kerja yang mama suruh..taip ini.taip itu.. Aku?? duduk2 menganga..hmm.. buku yang ada situ semua buku budak2 tapi oleh kerana terlampau bosan..aku baca jalah..satu demi satu aku baca..pasal toyol, pasal beruang kehilangan anak (sedih =='. ),pasal doktor..banyaklah kisah2 dongeng..aku siap menangis lagi baca beruang kehilangan anak tu..feeling..haha..

Kejakunan (maksudnya ketaksuban pada sesuatu pengalaman yang baru)

Aku pun slalulah kluar2 perpustakaan tu..boring..pusing2,,keluar..hmm..Apa yang mengagumkan bila sampai waktu rehat..semua pelajar berbaris bagus2 pegi kantin dan ikut laluan yang disediakan sedangkan boleh ja ambil jalan pintas..tak mcm budak bandar kalau rehat terus serbu, bertolak2 lagi..pastu dorang semua baca doa makan kuat2 ramai2..sweetkan.. hmm..yalah sekolah dorang pelajar sikit sangat.. pastu semua orang dapat makanan free(RMT)..kalau nak beli boleh gak..

Satu lagi..

 Lepas rehat tu..aku duduk baliklah dalam library.. sambung baca2.. tiba2 banyak budak masuk bawa kad kuning tuk minta tandatangan dari guru library..tapi drg salah orang..patutnya guru kelas.. budak2 situ semua kecik2.. budak darjah enam pun macam darjah tiga..hehe..darjah satu cam baby..^^, cute.. dan disebabkan kebosanan tersebut aku pun menyibukkan diri untuk menyibuk hal orang.. aku jenguk dari pintu.. Awesome, aku nampak perpustakaan bergerak..Actually bas yang banyak buku dari library daerah..Serius aku tak pernah nampak..jadi memang kejakunan gila.. sibuk2 kasitau Anne.. Anne cakap aku ni kejakunan..sebab itu memang ada pun slalu..hmm..akibat sekolah kat bandar dari darjah satu..terserlahlah kejakunanku..huhu..
tapi menarik..kalaulah aku bleh naik sekejap..malangnya..aku tak pakai baju sekolah, lagi satu tinggi aku separuh lebih tinggi untuk menyamar.. kalau tuk jadi cikgu baju x sesuai plak..hmm..tak dapatlah nak rasa experience tersebut..lain kali maybe??

Jadi penceramah bebas..

Sebenarnya camping tu untuk budak2 nak UPSR.. jadi mama pun ada slot tuk berceramah..jadi...kami pun diminta menceramahkan mereka..what?? serius.. Mama mengajar subjek sains.. jadi ceramah tentang sainslah..tapi actually..sains skola rendah zaman sekarang berganda complicated dari zaman aku..darjah satu pun dah ambi sains.. berkualiti betul..Aku ni pemalu(yalah sangat) jadi aku tak nak..Aku suruh Anne yang buat..lagipun dia lebih berkeyakinan..hmm..Dan budak2 tu memang 'SUKA' dia..kredit Anne.. mak plak sempat kasi dengar lagu 'KOSONG' dari Najwa Latif..


Dia siap bagi explanation kenapa dam mengapa..dan aku?? duduk2 macam biasa..hehe.. dengar2 Mp3.. Malaslh nak campur..malu..haha.. tengok2 semua pelajar tu..ada gak budak yang kiut sangat..terus terkenang masa lalu.. rindu plak zaman skola rendah..hmm..

cantikkan?? future tandas..(biru)

TANDAS
Tandas di situ terhad sangat..aku guna tandas guru ja..tapi memang limited sangat air kat situ.. tapi cukuplah..tapi utk mandi??..hah..kami tak mandi situ..memandangkan ada keluarga kami yang tinggal berhampiram..mak buat suprise tuk tumpang mandi..tanpa sms tanpa call..haha.. datang tuk tumpang mandi ja.. smartkan.. hah..datang2 rebut bilik air..(buat cam rumah sendiri..sedangkan x rapat sangat)  pastu kami minum2 petanglah sekejap... bila nak balik dengan baiknya..saudara kami tu menghulurkan sebungkus buah salak.. yang masi blum habis sehingga sekarang..Terima kasih..

Waktu Malam

Malam tu kami seprti biasanya stay2 ja dalam library tu..tapi xda privacy langsung..sebab guru2 termasuk guru2 lelaki buat kerja kat situ..hmm..boringnya..guru besar pun siap karaoke lagi..ajak menari lagi tu.. tak nak lah aku..hehe..tapi yang bestnya kami jaga anak guru..ada baby boy..cute sangat..
 kakk dia 2 orang dengan sepupu lelaki darjah lima.. jadi ada 4 orang kami jaga..punyalah riuh library tu nampak cam nursery pun ada.. dorang ambi buku..bongkar2.. yang baby tu pun sama.. sorong2 troli buku..tiba2..tayar plak tercabut..nervous terus..tapi aku selamba ja.. Anne yang panik..dia caring orangnya..aku?? x kot.. nasib dapat gak pasang..tapi lepas tu baby tu pegi koyak plak kulit almari..naughty baby..huhu.. pastu dia buat2 x tahu..cute.. angkat2 speaker lagi..kuat baby tu..


ok..x jumpa gambar baby..bapa baby pun bolehlah kan??



Malam tu pun ada burung pungguk..guru2 kasi takut pelajar..aku ketawa2 ja..rupa2nya gitulah waktu dulu..tapi dorang semua x takut pun..itu kan kampung dorang..apa nak takut..hmm..sia2 ja.. 

Tapi apa2 pun..pengalaman yang aku dapat dari sebuah keterpaksaan ni..baguslah jugak..at least tak boring sangat..ok.. Daaaaaa...Wassalam..


Saturday 21 April 2012

Makanan tanpa perasa tiada bererti..^ ^,

Assalamualaikum..W.b.t...



hmm..dah dengar lagu di atas nie..Hari ni aku cuma teringin berkongsi pendapat aku tentang CINTA..Ramai di antara kita bila melihat terus pada perkataan C.I.N.T.A terutama remaja memikirkan tentang hubungan
Hubungan??..ya, hubungan..hubungan jarak dekat, jarak jauh, tiga segi, dua segi..macam2 lagi.. mungkin semua yang difikirkan itu ada benarnya..memang tafsiran cinta itu kasih sayang pada Tuhan pada seseorang, pada keluarga, pada sesuatu, pada benda..dan banyak lagilah.. Ramai juga bertanggapan adalah penting menjalinkan hubungan di usia muda.. ini sebagai salah satu persediaan di masa depan..menjalin hubungan untuk pengalaman.. atau mungkin sekadar ingin mencuba..atau merasakan hubungan yang terbina dari muda maksudnya agak lama akan berkekalan..tapi ada pula melihat dari sudut pandangan yang berbeza..hubungan yang lama terbina membosankan,hambar dll.. tapi bagi aku..itu pendapat peribadi.. tidak semua org yang bercinta lama berakhir dengan adegan yang sempurna.. begitu juga dengan org yang bercinta dalam masa yang singkat..jadi terpulang pada setiap individu itu sendiri..apa yang dicarinya dalam sebuah hubungan.. keserasian? pangalaman? permainan? mungkin juga kesempatan yg mustahil untuk dilepaskan... so, tepuk dada tanya selera..  

berbalik pada tajuk yang aku letakkan..

'MAKANAN TANPA PERASA TIADA BERERTI"
Frasa yang aku simpulkan ni adalah tanggapan peribadiku terhadap C.I.N.T.A..
maksudnya.. makanan tu umpama cinta... perasa tu apa yang ada dalam cinta tersebut..misalnya..kenapa kamu tertarik pada si dia.. kerana ilmu? akhlak? gaya? sikap? wajah? 



seperti sabda Rasulullah S.A.W,(Riwayat Saihan)

pilihlah wanita itu dengan empat perkara:

1.Harta kekayaannya
2.Keturunannya 
3.Kecantikannya
4.Agamanya

Sudah pasti yang paling baik antara setiap sebab adalah agamanya.. Dan aku sebagai seorang gadis biasa  tidak dan belum memiliki kriteria tersebut ..

-harta? masa depan ku masih kurang jelas..
-keturunan? bagi yang mengenali status kekeluargaanku sudah pasti mereka mengerti..namun InsyaAllah keturunan yang baik..
-kecantikan? cantik itu terlalu subjektif..boleh jadi yg cantik pada dia, hodoh pada yg lain..
-Agama? Ya, inilah salah satu sebabnya aku masih terumbang-ambing tentang arah tuju hidupku.. Wallahualam..tapi aku merasa diriku sangat cetek dalam ilmu keagamaan..

Sekiranya cinta itu mempunyai sebab yang indah pasti keindahan itu terasai oleh pemiliknya.. sedangkan tiga daripada pilihan di atas adalah faktor cinta yang berSEBAB..SEBAB yang bakal hilang terus andai Allah berkehendak mencabut kenikmatan yang sememangnya milikNYA dari seorang hamba seperti kita.. jadi.. menurut aku.. Layakkah..seorang hamba yang kosong seperti aku mencari cinta duniawi terlebih dulu.. Wallahualam.. tapi, jelas aku bukan seorang yang layak..aku masih perlu mencari cahaya yang terang untuk menyuluh perjalanan hidupku ..

Bagi mereka yang sudah pun menjalinkan hubungan..tahniah aku ucapkan..sesungguhnya cinta amat manis sekranya berada dalam batas syarak.. aku harap hubungan kamu suci dan terpelihara..Dan sekiranya ditakdirkan satu hari nanti aku bertemu dengan seseorang yang diutus olehNYA..doakan kebahagiaan sementara itu tidak berlandaskan nafsu semata-mata.. tapi buat masa ini..doakanlah aku menemukan cahaya buat menerangi laluan hidupku..menemukan cinta itu..ya, CINTA pada ALLAH yang ESA.. 



Sebuah Harapan..
Amin ya Rabballamin..(^ ^,)

Wednesday 18 April 2012

(^ ^,)..

Hello..thanks for visiting my blog.. but sorry if I'm still not following you ..I don't know whats wrong..everytime I'm about to visit your site..It's turn to other site..sometimes error..So..thanks..but I'm sorry..maybe you can leave me your site url in the comment column..so I can visit your site and keep in touch..anyway..thanks again..

Monday 16 April 2012

Problem?? Don't waiting outside the lines!!

Salam.. and hello..it's been such a long time I didn't post anything in this blog..actually I got nothing to post..hmm..same ordinary life.. Each is the same.. First I woke up..bath..eat...watch tv.. online.. sleep again.. wrestling..hehe.. hmm..yup..same and boring..right?.. This is me.. I'm not such a popular girl like everybody else..I mean.. Always get text messages..notification on fb.. retweet..and so on..I'm just someone who never knew what really happen in outside of the world..I'm kinda living inside my box..huhu.... I'm afraid to go further.. Basically you can count my friends.. Well.. I have my justcool group which consisting of 7 person.. I have my block B friends..9.. My classmate friends 10..so.. hmm.. I guess there's nothing left.. oh..I does have more.. but only in this online thing.. actually..that's why I create fb, blog.. I doesn't know how to search and how to make friends.. half of the person I know will only talk to me from the internet..like an old friend.. weird right?.. I guess everybody experience the same situation..I think on the first place..this would be better..But apparently..it is not..I still feel such invisible and neglected.. Is this ok.. or maybe I'm facing some serious disease.. Well I hope not..  Maybe for most of you..searching for friends is like eating an apple..but for me..hmm..I took time like forever.. All things that make me feel that I can make a friend just in this square thing..even it is not.. living in fairy tale..imagination.. like your not belong in this world..The truth is I have difficulties in starting conversation.. well I'm very close to those who already becoming my friends..but with a new one..I'm shaking.. I would like to share to you my experience at my ex-workplace.. approximately, I make about 6 new friend there..but none of them still contact with me..No further relationship..like go hang out together.. sharing life activities..It's like I never make any friend there..jealous..that's all I can say..even a new worker could be such a good friend to all of the citizens there..but me??..I work there like for two months..but I have nothing to remember about.. so sad..sorry if I'm too emotional.. I just want to share my devastated to someone..I mean somewhere even there's nobody going to understand or maybe read this.. I don't care I still want to type.. When will I can overcome my problem.. I feel lost sometimes.. somehow I think it's ok to have such a small group of friends but when I grown up like this..I understand that this life need sooooo many FRIENDS.. to share, to laugh, to cry..to smile..to give..to listen, to accept..ohw..such a pity life right? well thats my problem what yours?

p/s:Don't be me ok.. just go for it..please..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...