hoping!!

Wednesday 28 December 2011

PENGALAMAN AKAN MENGAJAR KITA SESUATU.

Salam.. seriously hampir sebulan gak aku x update nie blog..hmm.. kadg2 rasa malas  mo buka pasal x byk gak org tengok.. lagipun sekarang aku sibuk BEKERJA.. hmm.. ni first time aku kerja..

TEMUDUGA
saat pertama kali aku mau bertanya ada kerja kosongkah..aku nervous sangat.. aku ingat2 aku x mau p tanya tapi kakakdan mamaku desak..plah ko, cakap mo kerja..hmm..oleh kerana rasa tercabar.. aku pergi tandas sekejap untuk hilangkan rasa gementar.. aku tatap wajahku dicermin, lepas tu aku cakap dengan diriku sendiri..."matang izzah..matang"...perkataan yang dipetik dari seorang kawan di sekolah..haha.. jadi mo dijadikan cerita aku keluar ja dari tandas tu aku direct serbu pekerja restoran makanan segera yang tengah duduk dan santai2 di suatu sudut.. tanpa perasaan.. beberapa patah perkataan terpacul keluar.."Excuse Me, di mana boleh dapat borang kerja kosong tu ya?.. aku ingat dorng xkan peduli..tapi rupanya drg tolg jugak.. satu org tu trs p ambil borang kerja kosong kemudian bagi aku.. punyalah aku begegar waktu tu..rasa cam mo muntah pun ada( bukan menyamph tapi nervous.. kalau aku nervous mesti rasa mau muntah )dapat jak, aku direct pergi tempat kakakku di sebalik sebuah kedai..dia yang tolong isikan sebab tangan ku x habis menggigil.. kemudian aku p hantar.. dengan beraninya aku tanya.." gambar diperlukan?"..bila tu org cakap ya..aku direct p kedai gambar.. terus cuci..haha..nekadkan.. sebenarnya aku sendiri x sedar apa yang aku buat..aku serah borang tu dan drg suruh aku tunggu sebentar..aku ingat hantar jak borang tu nanti dicall.. rupanya hari tu jugk aku interview..langkah kanan sebab manager ada waktu tu..hmm.. mungkin rezeki.. lepas diinterview, kakak manager tu bagi aku brg yang patut diisi dgn keperluan yang patut akubawa nanti.. cam salinan buku bank..kwsp,dan ic.. esoknya aku terus pergi urus.. buat kwsp sekali.. sempat lagi pakcik yang buatkan kwspku komen aku punya tulisan..hmm..kureng betul.. selalu jadi satu persoalan.. nantilah aku berlatih..tapi rasanya bukan penting sangat pun asal org lain dapat baca.. betulkan?..  2 hari kemudian aku datang mau hantar borang tu.. tapi waktu tu rest time.. manager lelaki di disitu suruh aku datg 2.30 petang seetlah hampir setengah jam aku tunggu diluar..rasa dipermainkan pun ada jugak tapi aku fkr positif jak..memandangkan mamaku terpaksa menjaga SPM pada jam 2 petg di hari tersebut aku terpaksa mengguhkannya keesokan harinya..aku takut sangat kalau aku x dterima.. tapi akhirnya pada tanggal 12.12.2011 aku dengan rasminya telah menjadi salah seorang pekerja baru disitu..dan apa yang lebh memeranjatkan aku adalh wanita(hmm..x sesuaikah? gadis?) yang kedua diterima setelah seorang dterima 8 bulan yang lepas drestoran tu..mungkin aku bernasib baik..

ALAM PEKERJAAN
 Hari pertama rasanya aku macam orang b**** pun ada jugak..hampir semua benda yang aku buat x menjadi dan salah.. salh ambil meal, salah punch card.. semualah.. malu jugklah..tapi rasanya semua orang akan melakukan kesilapan pada hari pertama..mungkin..dan sekarang aku sudah bekerja hampir 2 minggu.. semuanya berjalan dengan baik..walaupun kadg2 aku tersilap dan kesilapan itu membabitkan org2 yang tdk berdosa tapi terkena tempaisnya dan aku pula menerima habuan kemarahan mereka..hmm..tapi takpalah aku akan terus bertahan sehingga aku betul2 tidak dapat menahannya lagi.sekurang2nya selepas terima gaji pertama ats keletihan yang aku alami.. dan aku hari ni sudah berada dalam hari ke3 sesi percubaan untuk tugasku yang sebenarnya.. dan 2 hari ni berakhir dengan jayanya.. harap hari ni pun sama dan dipermudahkan urusannya oleh ALLAH S.W.T..amin.. yang aku suka di tempat kerja baru ni bajunya warna BIRU...tapi dengar2 bulan 3 tahun depan semua staf akan pakai baju baru.. hmm..harap2 warnya kekal..pada 31.12.2011 ni tempat kerjaku akan mengadakan sebuah parti dan temanya ALL BLUE.. Ohw, rasa seolah2 semuanya kerana kehadiranku walau hakikatnya x..haha.. waktu tu kami akan ada tukar2 hadiah dan aku harus bagi dengan seorang LELAKI.. apalh yang aku mau bagi ni.. sudahlah mesti 10 ringgit ke ats..dompet pun sekarang mau kering..macamana ni.. tapi aku akan try jugak cari..nanti kesian tu orang kalau aku tak bagi apa2.. terasa juga xmau datang nanti...macam malas jugak lagipun aku bukannya ada kawan yang rapat  pun disitu.. pekerja perempuan yang baru semuanya bekas satu sekolah..mesti aku akan rasa tersisih..tapi malangnya hari tu aku bekerja sampai tutup kedai pada 10 malam..oleh itu tiada sbab untuk aku tidak menghadirkan diri...kerna sememangnya sukar untuk aku melarikan diri..takpalah aku prgi jalah..apa yang lebih menyedihkan lagi. org2 yang aku sudah mula rapat dalam 2 minggu ni akn memberhentikan diri mereka atas urusan masa depan yang lebih penting(SEKOLAH.. YANG TELAH AKU TINGGALKAN)..sedihnya.. mereka akan sekolah dan aku akan terus bekerja untuk mencari sesuap nasi(hanya parabola.. aku boleh jak makan nasi sesuka hati di dapur rumah)..tapi aku cuma sangat bosan dirumah.. yang aku buat tdur, makan, tengok tv...(itupun cuma channel 613 dan 615 jak..disebabkan alat kawalan jauh yang menjadi kawalan seorang insan yang digelar APENG..haha..) sangat membosankan..online pun xkanlah 24 jam kan..biarlah pekerjaan yang sementara ni jadi satu pengalaman untukku menempuh kehidupan baru nant..aku harp sangat aku akan jadi orang yang tabah dan lebih pandai menyesuaikan diri dengan suasana baru..memandangakan aku langsung xda kawan yang aku kenal di tempat kerja ku.. semuanya org baru.. dan aku sedikit2 dapat menyesuaikan diri..ya, manusia akan belajar melalui PENGALAMAN YANG PENUH CABARAN..Dan aku akan belajar!!! doakan ya!!..

Sunday 11 December 2011

Patience and Hardwork will be Paid..

hmm.. hari ni xda ap2x yang special cuma aku mo kongsi betapa kehidupan ni sangat-sangat memerlukan sesuatu yang dinamakan KESABARAN dan USAHA..

Baru2x ni aku berhadapan dengan satu masalah yang tidak pernah aku hadapi..masalah berkaitan komputer..aku ni memang buta IT..x berapa tahu sangat tentang media komunikasi ni...punyalah aku cemas tengok internet network langsung x dapt dikesan oleh komputerku..opss(mamaku)..haha..gementar,takut,hairan..semualh ada... yang peliknya broadband maxis2 menyala biru..tapi akses internet x boleh..punyalah aku bengang.. tapi macam selalu aku buat, aku biarkan jak.. aku ingin lari dari masalah..yang aku sendiri x tahu aku penyebabnya atau x.. kalau x silap bukan aku yang paling last buka komputer sebelum ia jadi begitu..jadi aku mo lari..
hmm..tapi.. sampai bilakan..oleh kerana aku yang balik2x on9 memanjang.. aku juga dipersalhkan..dan aku yang memg cepat rasa bersalah ni..mula resah dalam mencari jalan penyelesaian..terasa mahu duduk dan buat bodoh jak.,.tapi x dapat..aku tetap rasa bersalah..Akhirnya, dengan seribu satu rasa..aku akur dan cuba mencari jalan penyelesaian..waktu 2lah aku rasa menyesal pulak x belajar information communication & technology bagus2x.. tulah..nasihat kpda diluar sana buatlah sesuatu dengan bersungguht2x..kalau belajar tu tumpukanlah perhatian jangan pandang sesuatu dengan sebelah mata saja....

Oleh kerana rasa bersalah 2, aku cuba mencari jalan penyelesaian... dengan mama yang sedang marah, adik kecil yang sibuk bertanya itu dan ini.. kakak yang ke hulu ke hilir.. aku terus rasa tekanan.. sampai moodku jadi down sangat.. orang sms pun aku x reply..hmm.. betul2x mencabar jiwa keremajaanku..sudahlah aku x update sgt pasal teknologi...

lepas jak mama tidur, aku curi2x buka internet di laptop yang lagi satu..aku google sini, aku google sana.. x dapat cari..tapi tiba2x aku jumpa satu forum..semua orang berbual tentang masalah yang betul2x sama dengan masalahku..mata semakin liar membaca jalan penyelesaian.. semua cakap tiada...harus install OS barulah..mesti hantar kedailah..tup2x jumpa satu cara.. aku try..restart..hmm x jadi jgk..aku try yang lain..restart x jadi jgk..waktu 2 aku mo putus asa jak..biarlah kena marah selamanya.. tapi aku tetap terus cari jalan penyelesaian...semua cara yang ditunjukkan aku langsung x faham.. tapi aku cuba jak..sambil tawakal.. dengan kuasa Tuhan..aku berhasil mencari penyembuhnya..dan di sini aku sekarang menaip entry ini dengan rasa puas hati..hmmm.. google memang bannyak membantu..dan lain kali kalau yang diluar sana berhadapan dengan apa jua maslh tentang komputer..jangan hantar ke kedai dulu..tapi try cari jalan penyelesaian..InsyaAllah..Dia pasti akan menemukanmu dengan seribu satu cara melalui perantaraan yang telah dipilih-Nya..Alhamdulillah ya Allah..Aku mencintaiMu selalu..

Sunday 4 December 2011

The Day I've Enter Their World


jujue and me..
tengah-tengah cikgu kitorang(teacher Grace) love you always..
AsSalamualaikum dan evening.. hmm..aku skang tgh menterokai dunia blog..edit sini, edit situ..susah jugak rupanya masuk ke alam penulisan maya ni..mo cari idea untuk tulis pun bikin pening.. tapi aku tetap gak mo cerita walaupun mungkin tiada yang membaca...ni adalah kisah tentang kelasku yang telah aku tinggalkan beberapa hari lalu..lepas ni kami akan membawa haluan masing-masing..aku pun ndak pasti ke mana.. ke simpangkah, ke pangkal jalankah..hmm.. harap2x.. jalan ke syurgalah.. Aku sebenarnya anak baru dalam kumpulan ni..bolehlah dikatakan sebagai pendatang..dulu.. aku memang tak berapa suka kalau budak baru masuk sebab suasana kelas akan jadi lain..dan kenangan pun beransur lain..Tapi x sangka aku pula jadi budak baru pada tanggal 11 januari 2010... hmm..punyalah susah aku mo cari sekolah yang tersayang ni.. jalan jauh..siap nangis2x lagi..lepas sudah sampai pun takda orang peduli sebab semua orang dalam dewan tgh perhimpunan... aku duduk berjam-jam.. cikgu2x tengok jak..dorang ingatkan aku budak petang..hmm..sedih..itu hari yang paling mengharu dan memenatkan..tapi last-last sampai jugak aku akhirnya..dengan badan berpeluh, tudung serabai.. muka monyok.. aku melangkah lemah ..masuk dalam kelas yang sangat asing bagi aku..Alhamdulillah, walaupun dengan kepenatan tahap maksima..aku diterima..semuanya berbaloi.. dua tahun aku dengan dorang, aku dilayan dengan baik sekali.. banyak yang aku belajar dari dorang..ada yang suka(minta g***2x),hihi,,, ad yang gelar aku sandakan, ad yang gelar aku budak2x,ada yang aku rapat, ada yang aku tak berapa kenal, ada yang susah bawa berbincang, ada yang cute, ada yang macho, ada yang paling popular dan banyak lagilah sampai sukar untuk dinyatakan.. dan aku?.. aku..macam nilah..ntahlah sejak masuk dalam dunia asing yang tidak lagi asing  ni..aku jadi manja cam budak kecil.tu yang orang cakaplah..eii...mesti aku nampak cam gediklah 2kan.hmm..teruknya. pada siapa yang juga merasa sedemikian, sorrylah.. aku betul2x x sedar.. tapi dulu aku x camni.. cuba tanya classmate ku di menengah rendah.. ntah-ntah ad sudah yang x kenal aku.. ya.. itulah aku guna nickname ni..bab memang x ramai yang kenal aku..aku lebih suka duduk di tempatku..sampailh orang datang pi tegur..dari form1 sampai form3, aku miss invisible..x dikenali dan x cuba untuk mengenali.. tapi di sini.. aku belajar untuk menjadi sesuatu yang lain..lain dari diriku yang dulu..terima kasih atas layanan yang sangat baik padaku. Juga terima kasih buat TEACHER GRACE yang telah membesarkan aku..hihi..metafora..


.Sebagai tanda TERIMA KASIHKU..AKU CORETKAN SEBUAH PUISI YANG TIDAK SEBERAPA..yang memang IKHLAS,TULUS, MULUS DARI SEDALAM-DALAMNYA LUBUK HATI KECILKU..KU HARAP KAMU MEMBACA..


11 Januari kita bertemu,
kamu memandang aku sebagai orang asing bagimu,
ku tatap setiap anak mata.. 
ku soroti setiap pelusuk bilik darjah
ada yang tersenyum
ada yang ketawa 
tidak kurang juga yang diam seribu bahasa
hadirku tanpa diduga
tanpa senyuman mewah tanda aku gembira
tanpa kata-kata manis penuh berbunga
tapi ketahuilah aku benar-benar tidak sengaja..
lelah dan penat menyelubungi diri lalu tidak ku kisah penampilan diri
menghulurkan sebuah persahabatan yang hambar
hingga 
masuk menganggu dalam kenangan kamu yang terlalu 
lama telah dibina..
maafkan aku andai kehadiranku mencacatkan kenangan itu..
tapi kesemua kamu SPECIAL bagiku..
kerna kamu aku belajar menyayangi
kerna kamu aku belajar menghargai
kerna kamu aku belajar berdikari
kerna kamu aku menyedari betapa penting senyuman itu 
dalam membina sebuah hubungan baru..
Sesungguhnya kamu telah mengajar aku menjadi seorang insan
yang tidak pernah aku bayangkan..
Terima Kasih atas PERSAHABATAN ini..

BUAT TEACHER GRACE
Guruku, saat pertama kali menatap dirimu, aku terpaku
wajahmu redup, gurauan menusuk jiwa
hingga topik serius menjadi jenaka..
bersamamu satu kenangan manis dan indah,
tanggal 30/11/2011, dirimu datang bersama kejutan,
kejutan yang tak pernah kita bincangkan,
sungguh kami berasa amat dihargai
tapi kami memang sering melukai,
hingga air matamu jatuh mengiringi kesabaranmu..
maafkan atas kekurangan ini..
ku harap sejarah itu tidak merenggut perhubungan ini..
you are my teacher and you are my soul..
hope this relation keep still until the end of the world..




Ini antara gambar mereka yang cute,kacak,cantik,tampan..(sory yang xda..susah jumpa pic kamu)

hayati,anis(sentsa dihati),jue bty,mala..pengawas cute..



fahadz,raziq,shamsul,ziman,azry,sarip,donevan,mesz,decklary,benjohn dan amin..

naddu,mimi,nani,mala,saadiyah(sory x npk),fea,amina,yang depan sekali 2 hayati
erm..yang kecik 2,bakal2x kot
..

Pernahkah kau merasa terluka namun hakikatnya kau tidak dilukai dan sedang melukai?

gambar hiasan.. thanks anis..hha..
Selamat awal pagi dunia blog..betapa aku merasa dunia ini sepi sekali..ya memang tinggal aku saja dalam rumah teres ini yang belum melelapkan mata.. Aku terkesima dan tidak dapat menadaptasikan kehidupanku sebenarnya..aku tiba-tiba merasa perhubungan dalam dunia ini ibarat satu tali yang tiada berpenghujung.. contoh z mencintai y tapi y mencintai x..dan x mencintai yang lain..pernahkah anda mencintai seseorang dari jarak yang jauh.. jarak yang sangat terbatas.. entah terbatas dengan apa..melihatnya dari jauh.. mencintainya dalam diam dan perasaan itu semakin bercambah.. ya, perasaan itu pasti pernah ada..hanya penyambung dan kesudahannya sahaja yang berbeza..ada yang terjalin dan ada yang bertepuk sebelah.. Dan aku? aku turut sama merasainya.. mengekori jejak langkahnya..meniru segala kegemarannya..cuba2x menanam azam yang sama..bahkan sentiasa berbuat sesuatu deminya.. ya, hidupku dipenuhi dengan dia..bertahun-tahun memendam rasa..namun aku berhasil.. berhasil? bukan..bukan berhasil menjalin apa2x dengannya..tapi berhasil menepis perasaan ini..biarpun aku sebenarnya amat terluka kerna hidupku memang sentiasa dibayanginya..Dikelilingi dengan insan yang aku kira turut sama mengaguminya tanpa mengetahui perasaanku setulusnya..Aku kecewa dan hatiku ibarat ditoreh-toreh oleh sabit yang tajam.. tapi dia..dia tidak merasa apa2x..sedang dia memikirkan seseorang yang lain dalam kotak fikirannya..ku kira dia kejam, tapi dia tidak bersalah, dia tidak pernah tahu..Itulah lambang terluka namun tidak pernah dilukai..Memang jika dilihat dari sudut positifnya, aku berjaya.. berjaya dalam menyelamatkan diriku dari kawalan sebuah jerat yang memang memeritkan..namun tanpa aku sedari, akibat hidupku dipenuhi dengan dia yang hanya sebuah ilusi.. aku mengabaikan mereka yang menghargaiku..ku putuskan persahabatan, ku lontarkan kata2x yang tidak begitu sedap untuk didengar, ku hindari perasaan lain yang cuba menapak dalam hatiku..kenapa? kerna aku tidak sanggup untuk bertepuk sebelah buat kali kedua atau selamanya..aku tidak sanggup untuk dilukai namun hakikatnya aku tidak pernah dilukakan..tapi..rupanya aku sama sahaja kejamnya jika dibandingkan dengan dia..aku merasa terluka tapi hakikatnya telah melukakan insan lain..dalam erti kata lain.. aku telah kalah sebenarnya..dalam cuba menjaga kehormatan dan keaibanku..aku telah banyak melukakan.. melukakan seseorang yang aku sendiri tidak pasti kesahihan peribadi dan kewujudannya.dan dia pula yang menjalani putaran kekecewaanku...Itulah lambang merasa terluka dan melukai.. 




Jadi cuba kita renungkan coretan tanggapanku ini..kalau difikir2x.. begitulah yang sebenarnya.. bila kita mengharap seseorang dan dia tidak peduli dengan kita, kita salahkan dia.. walaupun dia x pernah tahu.. lepas tu..hakikatnya..kita pula yang sedang melukakan orang lain..life complicatedkan kalau difikir dalam-dalam.. macamana untuk kita adaptasi situasi ini.. kita terluka oleh seseorang yang tidak pernah sengaja melakukannya.. dan melukai orang lain yang tidak berdosa tanpa pernah kita sengaja!! hmm..bukan senang rupanya menjadi orang yang bersih dari segala suatu macam perasaan bersalah..so, tepuk dada tanyalah minda!!!


p/s: buat sesiapa yang pernah melukakan aku tanpa sengaja, aku harap kamu bahagia dan terima kasih sebab pernah membuat aku gembira.. dan buat mereka yang aku lukakan tanpa sengaja (kalau ada).. maaf aku ucapkan.. sesungguhnya aku melakukannya dalam keadaan separuh sedar..(bukan mabuk)..harap kamu mengerti keadaanku..

saja ja, jiwang2x awal pagi, dapat ilham lepas baca satu blog.. trimas buat ownernya..

                                                           -IzZy-

Saturday 3 December 2011

Where Everything start!!

Kisah ini bermula bertahun yang lalu...
hiasan jak.. thanks cute sister..
Tangan moleknya terasa digenggam erat oleh mama..Mata terasa sejuk dengan genangan air mata yang hampir tumpah..ya, mama akan berlalu pergi dan aku akan ditinggalkan keseorangan disini..Itulah yang terdetik dalam hati kecil si gadis..Kepalanya tetap memandang ke lantai..takut, sedih, bercampur-baur..Tiba-tiba tertangkap olehnya satu suara yang amat dikenalinya, ya!! itu dia.. mata bertemu mata dan hati si gadis terpana.. Senyumannya membuatkan si gadis tidak berasa takut untuk melangkah..Tangan mama dilepaskan, dan si gadis berlari gembira..Ya, semuanya kerna dia.. dan di situlah tercetus sebuah perjalanan hidup yang sakit, perit, bahagia dan kecewa.. Di situlah segalanya bermula!! Sebuah tempat yang bernama SEKOLAH....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...