hoping!!

Sunday 4 December 2011

The Day I've Enter Their World


jujue and me..
tengah-tengah cikgu kitorang(teacher Grace) love you always..
AsSalamualaikum dan evening.. hmm..aku skang tgh menterokai dunia blog..edit sini, edit situ..susah jugak rupanya masuk ke alam penulisan maya ni..mo cari idea untuk tulis pun bikin pening.. tapi aku tetap gak mo cerita walaupun mungkin tiada yang membaca...ni adalah kisah tentang kelasku yang telah aku tinggalkan beberapa hari lalu..lepas ni kami akan membawa haluan masing-masing..aku pun ndak pasti ke mana.. ke simpangkah, ke pangkal jalankah..hmm.. harap2x.. jalan ke syurgalah.. Aku sebenarnya anak baru dalam kumpulan ni..bolehlah dikatakan sebagai pendatang..dulu.. aku memang tak berapa suka kalau budak baru masuk sebab suasana kelas akan jadi lain..dan kenangan pun beransur lain..Tapi x sangka aku pula jadi budak baru pada tanggal 11 januari 2010... hmm..punyalah susah aku mo cari sekolah yang tersayang ni.. jalan jauh..siap nangis2x lagi..lepas sudah sampai pun takda orang peduli sebab semua orang dalam dewan tgh perhimpunan... aku duduk berjam-jam.. cikgu2x tengok jak..dorang ingatkan aku budak petang..hmm..sedih..itu hari yang paling mengharu dan memenatkan..tapi last-last sampai jugak aku akhirnya..dengan badan berpeluh, tudung serabai.. muka monyok.. aku melangkah lemah ..masuk dalam kelas yang sangat asing bagi aku..Alhamdulillah, walaupun dengan kepenatan tahap maksima..aku diterima..semuanya berbaloi.. dua tahun aku dengan dorang, aku dilayan dengan baik sekali.. banyak yang aku belajar dari dorang..ada yang suka(minta g***2x),hihi,,, ad yang gelar aku sandakan, ad yang gelar aku budak2x,ada yang aku rapat, ada yang aku tak berapa kenal, ada yang susah bawa berbincang, ada yang cute, ada yang macho, ada yang paling popular dan banyak lagilah sampai sukar untuk dinyatakan.. dan aku?.. aku..macam nilah..ntahlah sejak masuk dalam dunia asing yang tidak lagi asing  ni..aku jadi manja cam budak kecil.tu yang orang cakaplah..eii...mesti aku nampak cam gediklah 2kan.hmm..teruknya. pada siapa yang juga merasa sedemikian, sorrylah.. aku betul2x x sedar.. tapi dulu aku x camni.. cuba tanya classmate ku di menengah rendah.. ntah-ntah ad sudah yang x kenal aku.. ya.. itulah aku guna nickname ni..bab memang x ramai yang kenal aku..aku lebih suka duduk di tempatku..sampailh orang datang pi tegur..dari form1 sampai form3, aku miss invisible..x dikenali dan x cuba untuk mengenali.. tapi di sini.. aku belajar untuk menjadi sesuatu yang lain..lain dari diriku yang dulu..terima kasih atas layanan yang sangat baik padaku. Juga terima kasih buat TEACHER GRACE yang telah membesarkan aku..hihi..metafora..


.Sebagai tanda TERIMA KASIHKU..AKU CORETKAN SEBUAH PUISI YANG TIDAK SEBERAPA..yang memang IKHLAS,TULUS, MULUS DARI SEDALAM-DALAMNYA LUBUK HATI KECILKU..KU HARAP KAMU MEMBACA..


11 Januari kita bertemu,
kamu memandang aku sebagai orang asing bagimu,
ku tatap setiap anak mata.. 
ku soroti setiap pelusuk bilik darjah
ada yang tersenyum
ada yang ketawa 
tidak kurang juga yang diam seribu bahasa
hadirku tanpa diduga
tanpa senyuman mewah tanda aku gembira
tanpa kata-kata manis penuh berbunga
tapi ketahuilah aku benar-benar tidak sengaja..
lelah dan penat menyelubungi diri lalu tidak ku kisah penampilan diri
menghulurkan sebuah persahabatan yang hambar
hingga 
masuk menganggu dalam kenangan kamu yang terlalu 
lama telah dibina..
maafkan aku andai kehadiranku mencacatkan kenangan itu..
tapi kesemua kamu SPECIAL bagiku..
kerna kamu aku belajar menyayangi
kerna kamu aku belajar menghargai
kerna kamu aku belajar berdikari
kerna kamu aku menyedari betapa penting senyuman itu 
dalam membina sebuah hubungan baru..
Sesungguhnya kamu telah mengajar aku menjadi seorang insan
yang tidak pernah aku bayangkan..
Terima Kasih atas PERSAHABATAN ini..

BUAT TEACHER GRACE
Guruku, saat pertama kali menatap dirimu, aku terpaku
wajahmu redup, gurauan menusuk jiwa
hingga topik serius menjadi jenaka..
bersamamu satu kenangan manis dan indah,
tanggal 30/11/2011, dirimu datang bersama kejutan,
kejutan yang tak pernah kita bincangkan,
sungguh kami berasa amat dihargai
tapi kami memang sering melukai,
hingga air matamu jatuh mengiringi kesabaranmu..
maafkan atas kekurangan ini..
ku harap sejarah itu tidak merenggut perhubungan ini..
you are my teacher and you are my soul..
hope this relation keep still until the end of the world..




Ini antara gambar mereka yang cute,kacak,cantik,tampan..(sory yang xda..susah jumpa pic kamu)

hayati,anis(sentsa dihati),jue bty,mala..pengawas cute..



fahadz,raziq,shamsul,ziman,azry,sarip,donevan,mesz,decklary,benjohn dan amin..

naddu,mimi,nani,mala,saadiyah(sory x npk),fea,amina,yang depan sekali 2 hayati
erm..yang kecik 2,bakal2x kot
..

Pernahkah kau merasa terluka namun hakikatnya kau tidak dilukai dan sedang melukai?

gambar hiasan.. thanks anis..hha..
Selamat awal pagi dunia blog..betapa aku merasa dunia ini sepi sekali..ya memang tinggal aku saja dalam rumah teres ini yang belum melelapkan mata.. Aku terkesima dan tidak dapat menadaptasikan kehidupanku sebenarnya..aku tiba-tiba merasa perhubungan dalam dunia ini ibarat satu tali yang tiada berpenghujung.. contoh z mencintai y tapi y mencintai x..dan x mencintai yang lain..pernahkah anda mencintai seseorang dari jarak yang jauh.. jarak yang sangat terbatas.. entah terbatas dengan apa..melihatnya dari jauh.. mencintainya dalam diam dan perasaan itu semakin bercambah.. ya, perasaan itu pasti pernah ada..hanya penyambung dan kesudahannya sahaja yang berbeza..ada yang terjalin dan ada yang bertepuk sebelah.. Dan aku? aku turut sama merasainya.. mengekori jejak langkahnya..meniru segala kegemarannya..cuba2x menanam azam yang sama..bahkan sentiasa berbuat sesuatu deminya.. ya, hidupku dipenuhi dengan dia..bertahun-tahun memendam rasa..namun aku berhasil.. berhasil? bukan..bukan berhasil menjalin apa2x dengannya..tapi berhasil menepis perasaan ini..biarpun aku sebenarnya amat terluka kerna hidupku memang sentiasa dibayanginya..Dikelilingi dengan insan yang aku kira turut sama mengaguminya tanpa mengetahui perasaanku setulusnya..Aku kecewa dan hatiku ibarat ditoreh-toreh oleh sabit yang tajam.. tapi dia..dia tidak merasa apa2x..sedang dia memikirkan seseorang yang lain dalam kotak fikirannya..ku kira dia kejam, tapi dia tidak bersalah, dia tidak pernah tahu..Itulah lambang terluka namun tidak pernah dilukai..Memang jika dilihat dari sudut positifnya, aku berjaya.. berjaya dalam menyelamatkan diriku dari kawalan sebuah jerat yang memang memeritkan..namun tanpa aku sedari, akibat hidupku dipenuhi dengan dia yang hanya sebuah ilusi.. aku mengabaikan mereka yang menghargaiku..ku putuskan persahabatan, ku lontarkan kata2x yang tidak begitu sedap untuk didengar, ku hindari perasaan lain yang cuba menapak dalam hatiku..kenapa? kerna aku tidak sanggup untuk bertepuk sebelah buat kali kedua atau selamanya..aku tidak sanggup untuk dilukai namun hakikatnya aku tidak pernah dilukakan..tapi..rupanya aku sama sahaja kejamnya jika dibandingkan dengan dia..aku merasa terluka tapi hakikatnya telah melukakan insan lain..dalam erti kata lain.. aku telah kalah sebenarnya..dalam cuba menjaga kehormatan dan keaibanku..aku telah banyak melukakan.. melukakan seseorang yang aku sendiri tidak pasti kesahihan peribadi dan kewujudannya.dan dia pula yang menjalani putaran kekecewaanku...Itulah lambang merasa terluka dan melukai.. 




Jadi cuba kita renungkan coretan tanggapanku ini..kalau difikir2x.. begitulah yang sebenarnya.. bila kita mengharap seseorang dan dia tidak peduli dengan kita, kita salahkan dia.. walaupun dia x pernah tahu.. lepas tu..hakikatnya..kita pula yang sedang melukakan orang lain..life complicatedkan kalau difikir dalam-dalam.. macamana untuk kita adaptasi situasi ini.. kita terluka oleh seseorang yang tidak pernah sengaja melakukannya.. dan melukai orang lain yang tidak berdosa tanpa pernah kita sengaja!! hmm..bukan senang rupanya menjadi orang yang bersih dari segala suatu macam perasaan bersalah..so, tepuk dada tanyalah minda!!!


p/s: buat sesiapa yang pernah melukakan aku tanpa sengaja, aku harap kamu bahagia dan terima kasih sebab pernah membuat aku gembira.. dan buat mereka yang aku lukakan tanpa sengaja (kalau ada).. maaf aku ucapkan.. sesungguhnya aku melakukannya dalam keadaan separuh sedar..(bukan mabuk)..harap kamu mengerti keadaanku..

saja ja, jiwang2x awal pagi, dapat ilham lepas baca satu blog.. trimas buat ownernya..

                                                           -IzZy-

Saturday 3 December 2011

Where Everything start!!

Kisah ini bermula bertahun yang lalu...
hiasan jak.. thanks cute sister..
Tangan moleknya terasa digenggam erat oleh mama..Mata terasa sejuk dengan genangan air mata yang hampir tumpah..ya, mama akan berlalu pergi dan aku akan ditinggalkan keseorangan disini..Itulah yang terdetik dalam hati kecil si gadis..Kepalanya tetap memandang ke lantai..takut, sedih, bercampur-baur..Tiba-tiba tertangkap olehnya satu suara yang amat dikenalinya, ya!! itu dia.. mata bertemu mata dan hati si gadis terpana.. Senyumannya membuatkan si gadis tidak berasa takut untuk melangkah..Tangan mama dilepaskan, dan si gadis berlari gembira..Ya, semuanya kerna dia.. dan di situlah tercetus sebuah perjalanan hidup yang sakit, perit, bahagia dan kecewa.. Di situlah segalanya bermula!! Sebuah tempat yang bernama SEKOLAH....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...